Followers

Monday, January 05, 2009

KUIH LAPIS KELEDEK



Salam semua. Sekadar berkongsi resipi Kuih Lapis Keledek ni saya buat malam semalam. Saya ada membuat sedikit ubah-suai kpd resipi asalnya yg telah lama ada dalam simpanan. Iyerlah kekadang tu, resipi yg diberi kurang tepat sukatannya ataupun tak begitu menepati citarasa kita. So, bagi yg berminat, jom lihat resipinya.


KUIH LAPIS KELEDEK

Bahan-Bahan :
600 gm keledek (direbus dan dilecek hingga halus)
300 gm tepung sagu kanji
240 gm tepung beras
900 ml santan cair (saya gunakan 300 ml santan kotak + 600 ml air)

340 gm gula pasir
750 ml santan pekat (saya gunakan 700 ml santan kotak + 50 ml air)
2-3 helai daun pandan (disimpul)

1½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli
pewarna hijau
pewarna kuning


Cara:
1) Gula pasir dimasak bersama santan pekat dan daun pandan sehingga mendidih. (Bancuhan ini hendaklah dikacau sentiasa agar tidak “pecah santan”). Kemudian sejukkan.

2) Satukan keledek rebus, tepung sagu kanji, tepung beras dan santan cair. Kacau rata-rata.

3) Kemudian masukkan santan yg telah dimasak dgn gula tadi ke dalam bahan keledek/tepung. Bubuh garam dan vanilli . Kacau lagi hingga sebati dan tapis.
.
4) Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Kukus adunan ini selapis-selapis berselang-seli warna kuning dan hijau sehingga selesai kesemua adunan. Sejukkan kuih ini di dalam bekas yg lebih besar yg diisi dgn air. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.


Nota:
1) Resipi diatas ni menghasilkan lebih kurang 2600 ml adunan. Jadi, setiap adunan hijau dan kuning ni beranggaran 1300 ml.

2) Saya telah menggunakan loyang bulat berukuran 25 cm dan mendapat 8 lapisan dgn setiap lapisan menggunakan kira-kira 320 ml adunan. Loyang hendaklah disapu dgn minyak pada dasar & kelilingnya. Saya mengukus setiap lapisan selama kira-kira 7-8 minit dgn api sederhana besar.

3) Kuih ini agak 'tinggi' dan kurang sesuai jika dihidangkan utk majlis-majlis kerana potongannya yg agak besar & lebar. Saya sarankan anda gunakan loyang berukuran 28 atau 30 cm agar bila dipotong nanti kuih ini tampak comel & menarik dgn lapisan yg lebih halus.

4) Apabila selesai mengukus, texture kuih mmglah lembik krn penggunaan tpg sagu. Tapi jgn bimbang kerana bila kuih dah betul-betul sejuk, ia akan 'keras' sedikit.

4 comments:

sambay said...

hi rozzan, my wife really like your recipe, especially your cake lapis and will be trying some of them when she will be be free. as for me, i m just the tester jerr.... i will comment on your recipe once my wife has tried it k. she really loves your blog! keep it up!

Bro Rozzan said...

Hi, Thanks for visiting. I'm glad your wife finds the recipes here to her liking. By all means, do try the recipes and perhaps feedback ya. Send my regards to her plse.

marsitah said...

hi bro...

bagus lah ada website cam ni.. macam2 resepi ada dan macam2 idea yang leh kita perolehi.. betul2 tak sangka yang empunya blog ni rupanya lelaki .. i tot pompuan.. aniwae leh dapatkan resepi kentang ball tak ?? thanks:)

BR said...

Hi Marsitah

Thanks for visiting, Insya'allah nanti saya usahakan ya, resipi kentang ball tu.