Followers

Wednesday, August 27, 2008

BISKUT STRAWBERRY

Di sini saya postkan 2 resipi biskut yg mudah dan yg agak menarik dari Chef Wan. Kalau nak tambahkan idea utk persiapan lebaran nanti...(heheh, puasa blum pun start!)



BISKUT STRAWBERRY

Bahan-Bahan:
2 biji kuning telur
250 gm mentega
200 gm gula halus
100 gm tepung jagung
400 gm tepung gandum
50 gm badam (dikisar)
sedikit badam (utk dibuat batang berwarna hijau)
100 gm buah asam gambir (haw flakes)-dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perisa strawberry (essence atau paste)
sedikit gula kaster utk ditabur atas biskut
sedikit putih telur utk pelekat badam

Cara:
1) Pukul mentega dan gula halus hingga sebati. masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan pewarna merah dan perisa strawberry.

2) Masukkan tpg jagung, tpg gandum, badam kisar dan buah gambir. Gaul rata-rata.

3) Uli doh, kemudian canai utk membuat biskut.

4) Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakkan di atas biskut.

5) Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius.

6) Taburkan gula kaster di atas biskut setelah dibakar.

3 comments:

rania said...

1st time sggh kat blog bro rozzan ni sy jatuh cinta pulak..sy tgh mencari resepi biskut yg baru, simple & sedap utk raye ni..lps ni nak try la pulak resepi biskut strawberry ni..thanks to bro rozzan..nnt sy bgtau hasil nya...

BRO ROZZAN said...

Hi rania,
mekasih krn sudi jenguk2 kat cni. Harap2 anda dpt manfaatkan sesuatu dari blog ini ya!

You're most welcome rania.

haura ah said...

bro rozzan, nk tanya, klu gula kastor tu xnk bg warna putih, nk tukar kepada wrna merah mcm mana ya?