Followers

Wednesday, February 13, 2008

EPOK-EPOK SARDIN




This afternoon, we had epok-epok sardin for tea-break. Did a small quantity just about enough for the five of us. The dough yielded 10 big pieces of epok-epok/karipap which I filled with cooked sardines and one big circular epok-epok which has egg in it. So, let's see the pics and the recipe as well.

Karipap/ Epok-Epok Sardin

Kulitnya
400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak .......(majerin dicairkan & campur dgn minyak masak)
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan atas kertas serviette.

Inti Sardin
1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis


Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Inti Telur
1 biji telur
1 biji bawang besar
sedikit hirisan cili merah & cili hijau
secubit garam & serbuk lada putih.
(Kacau semua bahan2 di atas)


Cara Membuat Epok-Epok Telur
Ambil satu bebola adunan yg besar dan canai leper membulat. Buat lagi utk bebola yg kedua. Ambil satu piring yg agak mungkum (gunakan saiz yg sama dgn lebar adunan yg telah dicanai tadi). Ambil satu adunan kulit epok-epok yg telah dicanai tadi dan taruk atas piring yg digunakan. Bubuh inti telur yg telah disiapkan. Ambil adunan kulit epok-epok yg kedua dan tutupkan dgn teliti ke atas inti telur tadi. Cantumkan kedua-dua kulit epok-epok itu dgn kemas dan kelimlah sekelilingnya. Goreng dgn minyak yg banyak. Setelah nasak, angkat dan toskan.


















8 comments:

Suka Makan @ Love to eat said...

2 sudu makan planta sama dengan berapa gram agaknya

mummy jam said...

cantik sungguh epok epok itu di kelim!

BRO ROZZAN said...

Suka Makan @ Love to eat > Ianya lebih kurang 30 gm. Hope that helps.


mummy jam > Thanks mummy. Mummy pekabar? harap2 sihat sentiasa yaa.

siti said...

BR , kita dah buat karipap ni..thanks for the cetusan idea. salam perantau..

ady said...

salam,
tumpang tanye,ada setengahorang letak kentang untuk karipap sardin.Macamana caranyer nak buat karipap kentang sardin yang sedap?perlukah karipap sardin latak bawang yang banyak?
time kasih

BRO ROZZAN said...

siti > W'Salam siti. You're most welcome sis.

BRO ROZZAN said...

ady > Hi ady, I think I've replied to youe enquiry in the message box kan? .Thanks fr dropping by ya.

Anonymous said...

Hai Bro Rozzan,saya tertarik dgn recipe2 yg diberikan dlm web ni.terima kaseh!saya gembira dpt mencubanya...lagi satu bagaimana nak nendapatkan GORENG PISANG yg enak ,yg terdpt dipasar2 mlm.saya telah mencuba tapi tak sama.blh Bro Rozzan tolong saya.Recepi nya,banyak telah saya cuba di intenet tapi tak tahu mana silapnya.....terima kaseh