Followers

Wednesday, August 08, 2007

KEK LAPIS BATIK SUTERA

Kebelakangan ni, terasa masa seperti tak menyebelahi saya. Ianya seperti cepat berlalu. Pulang dari ofis, dah penat. Kerja kat pejabat pulak, kekadang tu stress giler ibarat 'makan hati berulam jantung'.....

Anyway, I'm sorry if lately, I've not been updating my blog as regularly as I would like to. I guess at this moment, my drive is at its lowest! Just recovered from my flu last week- after almost more than a week. Now another virus came infecting- the M virus. Hopefully, I'll get over it and be my usual self again, Insya'allah.

And, to start with, I've baked another Kek Lapis last night. For this cake, I 'borrowed' the recipe from bro lee lin . Thanks Bro. for sharing this recipe. Dan sebagaimana lee lin, saya juga membuat sedikit perubahan dari resipi asal iaitu saya tidak memasukkan adunan yg berwarna ke dalam botol utk di picitkan berselang-seli di atas lapisan yg plain. (ni kes malas lerr!) .

Anyway, this cake is typical of Kek Lapis Sarawak. Hope all Lapis Cake enthusiasts will try this too yaa. So, here's the recipe (according to how I did it) and the pic.



KEK LAPIS BATIK SUTERA (sumber : lee lin)

Bahan-Bahan:

450g mentega

250g gula halus (boleh kurangkan kpd 180 gm)

10 biji telur

170g seri kaya

397g susu pekat manis

100g Horlicks

1 sudu kecil esen vanila

200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)


Cara :

Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:

i) 2 bahagian dibiar plain (utk lapisan bawah dan atas)

ii) 1 bahagian lagi dibahagi 3 -utk 3 warna, merah, cokelat dan oren.

Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 10" x 7". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.

Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan (4 lapisan semuanya) . Setelah itu bakar 3 lapis adunan berwarna merah, 3 lapis warna cokelat dan 3 lapis warna oren. Akhir sekali, bakar lapisan atas kek dgn adunan plain (4 lapisan).

11 comments:

nabialishad said...

wahhh nabia sentiasa admire laa kek lapis bro sorang nih..bila laa nabia nk mulakan pulak..huhu..x pandai laa teman bro..hehe...x rajin to be exact!!hihi

Bro Rozzan said...

Hi Nabia. Tak pandai mana pun abg ni. Pun masih terus belajar. Yg mana abg tau, tulah yg abg share kat sini. Nabia tanamlah semangat dulu, pastu bila keyakinan dah kuat, cuba buat. Kalau Nabia kat Sg ni, boleh abg tunjuk ajar seba sedikit! heheh...

Anonymous said...

dah try buat kek yg ni,it was my 1st attempt.Turn out really good!I love the taste...Thanks,You the Best Bro!....

BRO ROZZAN said...

Hi anonymous. You're welcome. I'm glad your cake turned out right the 1st time you try. You tentu ada some inborn talent. Anyway, bestkan kalau dah pandai buat kek lapis ni? Takyah nak beli, bila teringin nak makan boleh buat sendiri. Kalau dah betul2 yakin, boleh amik order pulak.

Anonymous said...

Hai Bro.Ni nak tanya,Klau lpisan takhir tu bkar guna api atas bwh ke atau bwh shja?Saya biasanya guna api ats bwh utk last layer.(kenapa kek saya mcm kecut je bila dah sejuk(prmukaan atasnya)?

Kathryn said...

very impressive. Unfortunately i cant read malay language >.<" I am wonder for other weaving design on the cake lapis how do they join in the design to make the cake "glue" together? hope you can advice on that...Thanks in advance.

BR said...

Hi Kathryn

Thanks for visiting. For those sarawak layed cakes which u mentioned, a fruit jam is used to bond the designs together and then kept in the fridge for a while till set. After that, bake the lower layers, spread some jam on it, then put the design part (of the cake) which has been bonded & set. Next, continue to bake the last few layers for the upper part of the cake. Hope that expalins ya.

Kathryn said...

Thanks alot for the clear explaination. I am very motivated to make a colorful Sarawak lapis cake. btw i only have the recipe for the traditional lapis cake. i hope that would work the same way for sarawak lapis cake with some colouring:)

NORA said...

bro rozzan,

naper bila nora click link LEE LIN, fp nya tak de apa2 gambar?

BR said...

Nora, Cuba click lagi ya! Insya'allah dah OK.

Siti Fatimah A. Razak said...

salam abg rozan,
saya baru nak start belajar buat kek lapis nih.. n tis my first time using electric oven n i'm bit confuse wit da term 'api atas' n 'api bawah'. usually 'api atas', there'a a flame at the top side of the oven rite?? but mine is, vice versa la bro... is it possible that the oven setting yg tak betul? or mcm mana konsep 'api atas' n 'api bawah ' tuh yerk.. please tunjukkan... :))