Followers

Sunday, September 23, 2007

KEK LAPIS CREAM CHEESE

Pagi tadi berkesempatan membuat kek lapis cheese - resipi asal dari sdri Deeyana dari Kuching, Sarawak. Agak senang membuatnya dan rasanya tak terlalu manis. Anyway, sori eh Deeyana saya ubah title jadi Kek Lapis Cream Cheese. .. ampunsss. Anyway kpd sesaper yg ingin mencuba, silakan.


KEK LAPIS CREAM CHEESE (sumber : Deeyana)


Bahan A

10 biji kuning telur sejuk

6 biji putih telur sejuk

50 gm tepung jagung

300 gm gula

250 gm tepung Hong Kong

2 sudu makan ovalet

2 oz air sejuk


Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)


Cara:
1) Satukan semua Bahan A dan pukul dgn mixer hingga pekat selama kira-kira 8-10 minit.

2) Mentega dan susu dipukul hingga sebati. Masukkan cream cheese dan pukul/kacau hingga adunan rata.

3) Masukkan Bahan A yg telah dipukul ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.























Nota dari Deeyana:
Untuk mendapat taburan cheese yang rata, setelah adunan diratakan dlm loyang, baru taburkan cheese dan dibakar.


Nota dari saya:
Kek Lapis ini tidak begitu "kaya"(rich). Texturenya lembut dan ringan tetapi kurang lembab/moist.

Saya telah menambahkan sedikit cokelat van houten pada setiap lapisan yg ketiga. Its optional though, sekadar menambah variasi pd kek tersebut jer.










6 comments:

smile@tonsulaiman said...

bg rozzan..nak tanyala..kek Lapisni tahan lamatak?? sebab letak cheesekan..TIA

Bro Rozzan said...

Hi smile@tonsulaiman. Actually apa yg saya ketahui, selalunya bila kek lapis menggunakan keju, ada bahan pengawet (eg. sodium benzoate) yg digunakan utk memberikan jangka hayat lebih lama pada kek tersebut. But for this recipe from Sarawak, saya kurang pastilah. Anyway, utk memastikan kek lapis tahan lama, anda bolehlah membungkusnya dgn aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan 1/2 jam lebih awal sebelum memotongnya. Yg lebih tu, masukkan balik dalam peti sejuk. Insya'allah, kek boleh tahan hingga 2-3 bulan- tak rosak.

Nuri said...

Assalamualaikum.. nk tnya. gula tu guna gula apa ya? Gula yg dh diblend halus @ gula kastor?

BRO ROZZAN said...

BR > Nuri
WS. Saya gunakan gula halus/kaster saja. Harap maklum.

m.yuent said...

bro nk tnyela 2 0z bersamaan dgn berape gram ye sye tkpdi sukat gne oz la

BR said...

M.yuent,
2 oz lebih kurang bersamaan dgn 60 gm. Harap maklum :)