Salam ukhuwah buat semua. Maaf kerana dah lama tak update. Kebelakangan ni agak sibuk dgn tugasan2 di pejabat dan bila pulang ke rumah, dah lepak ...... Kadang2 sementara tunggu waktu Isyak pun boleh terlelap. Kekadangtu sampai jam 12 mlm , 1 pagi. Letih! Esok hari pulak dah nak kerja. Hujung minggu kadang2 ada majlis walimah, dan kalau takde, tulah masa nak rileks dan "tak nak buat apa-apa". Bangun tidur lambat, dengar radio, tgk TV - pendekata, rehat, serehatnya!
Apa pun, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi mereka yg setia berkunjung, terima kasih saya ucapkan. Mana2 permintaan yg belum saya tunaikan, Insya'allah saya cuba sedaya upaya utk menunaikannya setakat yg termampu.
For a start, harini saja nak share lauk yg I masak semalam. Ringkas jer. Daging masak kurma, Ayam masak Sambal Tumis dan Bendi Asam Rebus. Yg dah biasa dgn lauk ni, cuci mata jer arr...
Lauk Kurma Daging ni bahasa pasarnya "lauk kormak" . Sewaktu dulu, arwah mak saya memasaknya sebagai salah satu lauk yg mendampingi menu masakan "Nasi Lemak Tumis". Hah, tak pernah dengar istilah "Nasi Lemak Tumis" ? Actually, ianya ibarat kacukan dari Nasi Lemak dan Nasi Minyak. Yg ketara, ialah penggunaan santan pekat dalam resipinya. Lauk2 sampingannya adalah seperti Dalca, ayam masak merah dan acar/pacri nenas.
OKlah, berbalik kpd Lauk Kurma Daging, ini resipi versi saya.
DAGING LEMBU MASAK KURMA
Bahan-Bahan
1 kg daging lembu (dipotong kecil seperti memasak rendang)
Rempah Kisar
2 biji bawang besar (saiz besar) }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia }….(kesemua bahan dikisar)
6 sudu besar (bumbung) rempah kurma -saya gunakan jenama BABAS
(dicampur dgn bahan kisar)
3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
3 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi
Cara:
1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.
2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.
3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.
4) Enak dimakan bersama nasi, roti, dll.
Catatan:
1) Anda boleh tukarkan santan kepada kira-kira 100gm biji gajus atau badam yg direndam dan dikisar dgn secukup air.
2) Sukatan air boleh ditambah lagi jika perlu (utk mengempukkan daging)
3) Kuah Kurma Daging ni selalunya agak pekat. Kalau cair, nanti ia menyerupai lauk sup daging pula. Tapi, apapun, terserahlah pada citarasa anda. Kita yg nak makan dia, betul tak?
2 comments:
BR, I never cook daging masak kurma. Should try one day :)
Usually, I would cooked chicken kurma but without the cili merah/hijau & daun ketumbar. The rest of the ingredients here is same as mine. One more thing, your "catatan" also a good idea. Thks for sharing.
Hi Sofie
Actually, for me quite the contrary. My late mum seldom cooked chicken kurma instead, it was all the way meat kurma. I supposed coz she followed my late father's tastebud. His preference takes precedence over us -the children.
Post a Comment