Followers

Monday, July 26, 2010

KEK LAPIS CRANBERRY

Buat sesiapa yg nak cuba resipi kek lapis cranberry ni, silakan...





KEK LAPIS CRANBERRY

Bahan-bahannya
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
10 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong }
1 oz susu tepung aiskrim strawberry (optional) } …diayak bersama
2 sudu besar susu pekat
6 oz buah cranberry dlm peket
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
1) Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2) Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4) Kemudian masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ratakan sekali lagi sehingga sebati.

5) Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan. Taburkan buah cranberry pada setiap lapisan genap.


Nota:

a) Lapisan pertama gunakan api atas bawah dgn suhu kira-kira 180 darjah manakala lapisan kedua hingga akhir gunakan api grill saja (api atas).

b) Anda boleh gunakan loyang berukuran 8” x 8” atau 9” x 7”. Loyang hendaklah dialas dgn kertas tracing dan digris dgn mentega. Kelilingnya juga digris.

c) Saya buat hanya 3/4 adunan jer drpd resipi asal.

Sunday, July 25, 2010

MEE HOON BERIANI

Resipi kali ini adalah permintaan dari seorang pengunjung blog, sdri Yati. Diharap resipi ini dapat menepati citarasa anda ya!





(sumber gambar : Buku Masak ALMAS)


MEE HOON BERIANI
(Sumber resipi : Hjh Faridah Mahmood)

BAHAN
1 bungkus mi hoon
1 ekor ayam, dipotong 4 cuci bersih dan tos
2 biji bawang besar, dimayang
6 biji lada hijau, dikisar kasar
3 cm halia dan 6 biji bawang putih, dikisar halus
6 biji tomato, setiap satu dipotong 6
2 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan rempah kari daging
6 tangkai daun pudina & 6 tangkai daun ketumbar, dihiris
100 g bawang goreng
100 g gajus, dicincang kasar-kasar
200 ml tairu
½ botol sos tomato
Sedikit koma-koma, direndam dengan 2 sudu makan air mawar
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak atau minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA
Rendam mi hun dengan secukup air paip selama ½ jam, kemudian tos. Gaul ayam dengan sebahagian bawang putih dan halia kisar. Tabur sedikit garam. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan. Minyak bekas goreng ayam, jangan dibuang dahulu.

Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang telah dimayang dan masak hingga layu. Masukkan halia/bawang putih kisar dan rempah kari, lalu dikacau sehingga garing sedikit. Masukkan tomato, lada hijau, dedaun, gajus, bawang goreng dan sos tomato. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Kecilkan api dan renihkan sebentar. Kemudian tuang tairu, rempah beriani dan sedikit garam. Gaul lagi supaya rata. Masaklah sehingga ayam lembut dan terbit minyak. Matikan api.

Seterusnya mi hoon yang telah direndam, dimasukkan kedalam periuk lain, lalu dicicirkan koma¬koma don sedikit warna kuning, 3 helai daun pandan dan 3 senduk lauk rempah ayam yang baru dimasak, serta secukup minyak bekas menggoreng ayam.Gaul rata dan masak diatas api yang sederhana besarnya. Tutup periuk dan biarkan sehingga mi lembut. Tabur sedikitgaram. Hendaklah kerap dibalik-balikkan, supaya dasarnya tidak berkerak dan hangus. Atau pun, mi yang bergaul rempah ini, boleh sahaja dikukus sehingga lembut. Saji dengan lauk beriani ayam dan sepiring salada.



MEE HOON BERYANI (2)
(sumber resipi : Rossya)

Bahan
450 gm meehoon direndam dalam air panas supaya lembut.
2 sudu teh pewarna kuning- ditabur keatas mee itu supaya rata warnanya
2 sudu teh lada hitam dihaluskan
1 ekor ayam (seberat 1.3kg dipotong kepada beberapa bahagian dan dilumur dengan serbuk lada hitam. Perap selama 10-15 minit dan goreng sehingga garing.)
3 sudu besar minyak sapi atau minyak makan

1 inci halia dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
6 batang lada kering direndam dan dikisar
garam secukup rasa
4 biji tomato dibelah dua dan dihiris tipis-tipis
1 batang lada merah di belah dua
1 batang lada hijau dibelah dua
1 sudu besar rempah beryani
1 ikat daun ketumbar dihiris
1 ikat daun pudina dihiris
230ml air (1 cawan)
1 cawan bawang goreng
1 tin kecil kacang peas


Cara:
Pijarkan minyak sapi didalam sebuah kuali dan tumis bahan perencah halus sehingga wangi. Masukkan garam, tomato, lada merah/hijau, rempah beryani, bawang goreng dan daunketumbar/pudina. Kacau selam 2-3 minit dan tuangkan air.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan gaul sehingga rata. Angkat ayam dan tinggalkan rempah itu ditamabah sedikit garam lagi jika perlu. Masukkan mee dan gaul rata. Akhir sekali masukkan kacang peas dan ayam itu kembali. balik2 kan sebentar. Hidangkan bersama sedikit lagi bawang goreng, kacang peas dan daun pudina. Sertakan ulam nenas dan timun jikalau suka.

Sunday, July 18, 2010

KETAM MASAK LEMAK

Asyik dok rumah batu jer, nah sekarang tukar selera pulak. Dinding2 'rumah' ku sekarang diperbuat dari kayu papan lapis (plywood), heheh... Apapun nice and refreshing change...

Salam sejahtera buat anda semua. Maaflah kalau dewasa ini tak byk updates sbb terlalu sibuk... Rasa2nya mcm nak 'gulung tikar' jer. Mungkin suatu hari nanti saya terpaksa buat begitu, walaupun dgn berat hati... Dewasa ini pula anak2 selalu tak makan di rumah. Yg sulung dah masuk perkhidmatan negara- seminggu sekali baru balik. Yg kedua asyik dok pi program sekolah- di KLlah, Melaka, Perak dan juga di kampus beliau di Spore ni. Yg bongsu pula, kdg2 pun x makan di rumah. So, dapur pun apalagi, tak berasap lerr...

Apapun, selagi terdaya, akan saya cuba menunaikan permintaan anda dan juga berkongsi serba sedikit info dan resipi yg dapat kita manfaatkan bersama, Insya'allah.

Hari ini saya berkesempatan memasak Ketam masak Lemak. Jom lihat pic.




Sunday, July 04, 2010

BROWNIE REVISITED....


















Sebenarnya, semalam saya baked fruity egg tart dan chewy gooey yummy brownie khas utk pot-luck di rumah teman sekolah... So picnya saja yer, resipi dah ada kat entry yg lepas. According to one of our classmates' spouse, "the taste is simply sinful". Thank you but for those who are on a diet, pls watch your waistline ya! heheh.


Brownie (setelah di bubuh ganache & di corak dgn cokelat putih dan biasa)


















Brownie...siap utk disantap!!!

FRUITY EGG TART





















Hah... mcm lain sket eh bunyinya......."fuity egg tart"? It's basically egg tarts yg dibubuh dgn buah2an. Lazimnya, jika kita buat fruit tart, bahan kastad akan dibubuh dahulu ke dalam pastri yg sudah dibakar sebelum disusun dgn buah-buahan tp kali ini saya buat dahulu egg tart sehingga selesai dibakar, sejukkan dan akhir sekali barulah saya bubuh buah-buahan. For a change, not bad.... In fact, Alhamdulillah, teman2 sekolah saya yg merasanya memberikan komen2 yg baik dan positif. Kalau anda ingin mencubanya, di sini saya catitkan kombinasi resipi egg tart dan fruit tart.


FRUITY EGG TART

Bahan-Bahan (Pastri)
550 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
100 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam


Cara :
Mentega, pastry margarine dan gula icing dipukul sebentar hingga rata.
Masukkan pula telur, garam dan esen vanilla. Kacau hingga rata.
Kemudian, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya.
Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett.
Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya di dalam oven bersuhu 180 darjah Celsius.
Bakar sehingga separuh masak selama kira-kira 20 minit. Sesudah itu, keluarkan dari oven dan bubuh isian (filling) ke dalamnya.
Bakar semula egg tart ini di dalam oven selama kira-kira 15 - 20 minit lagi atau sehingga bahan isian telurnya masak. Sejukkan sebentar sebelum dihias dgn buah2an.


Bahan-Bahan Isian (filling) :
200 ml air
125g Gula
5 biji telur (asiz sederhana)
150g susu cair (sejat)


Cara :
Larutkan gula kedalam air. (Kalau menggunakan air suam, biarkan ia sejuk dahulu)
Kemudian, masukkan telur dan susu cair ke dalam bahan air/gula tadi.
Pukul kesemua bahan ini sebentar hingga sebati lalu ditapis. Siap utk digunakan.


Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, apricot, strawberry, blueberry, raspberry, dll. mengikut citarasa anda.


Cara Menghias Fruity Egg Tart
Setelah egg tart anda sejuk, susunlah buah2an pilihan anda di permukaannya mengikut kreativiti anda sendiri. Kalau suka, bolehlah kilatkan (glaze) buah2an tersebut dgn apricot glaze.


Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau
2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Catatan:
Proses membakar pastri seperti egg tart/ fruit tart/quiche atau fruit flan ini disebut sebagai “blind bake” di mana adunan yg dah diterap ke dalam acuan tartlet, dibakar tanpa isian(filling). Selalunya kalau kita menggunakan acuan yg agak besar, anda harus alaskan aduan yg dah diterapkan dlm acuan tu dgn aluminium foil dan dibubuh bahan kekacang seperti kacang hijau, merah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya dasar (base) pastri tidak akan menggelembung dan mengekalkan bentuk acuan yg digunakan dgn baik. Tapi utk resipi fruity egg tart ni, saya cucuk2kan dasar pastri ni dgn garfu dan ambil sekeping aluminium kecil dan bubuh ke dalam setiap acuan pastri lalu ditekan2kan sedikit. Memadailah dgn cara begini.


Jom cuci mata dgn pic2 di bawah ni.....


(Bawah) EggTart yg siap dibakar sedang disusun dgn buah2an





























(Bawah) Fruity Egg Tart siap disusun dgn buah2an (sebelum diglis)























(Bawah) Fruity Egg Tart yg telah siap diglis.





Friday, July 02, 2010

SIMPLY SINFUL CHEESE CAKE

















Sebenarnya, saya kurang minat utk membuat cheese cake/kek keju. Bukan apa, sebabnya nanti kek tu tak habis oleh kerana tak semua anggota keluarga saya yg meminatinya. Kali ini, kek keju yg saya buat ni, hampir separuh saya berkongsi dgn tkawan dan teman2 sepejabat. Saya sendiri pun bimbang kalau makan keju berlebihan..... Bertambah bulat lerr...

Resipi Simply Sinful Cheese Cake ni saya tukil dari internet. Terdapat pelbagai variasi tetapi yg nyata, kesemua resipi2 nya mempunyai cara asas yg sama. Cuma, kelainannya adalah dari segi perisanya saja. Kalau ingin mencuba silakan..


















SIMPLY SINFUL CHEESECAKE

Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu

Bahan untuk Cheesecake
500 gram kriim keju, dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla




















Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan.
2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata.
4. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.











Permintaan Resipi - KEK COKELAT KUKUS

Resipi ini adalah permintaan dari seorang pengunjung blog, sdri yohanna tashi yg ingin tahu cara2 membuat kek cokelat versi kukus. Resipi ini saya tukil dari lelaman blog teman saya. Diharap ianya dapat menepati citarasa anda2 semua khususnya sdri yg memintanya. Kesemua 3 resipi ini telah dijamin keenakannya, Insya'allah. Terima kasih kepada yg empunya resipi. Semoga ilmu ini dapat kita perpanjangkan....


KEK COKLAT KUKUS (1)
(sumber : sdri ROHA)

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
1 cawan serbuk koko } boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas mendidih
1 tin kecil susu pekat manis } kalau pakai creamer, gunakan 1 tin besar
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

Caranya:

Sediakan pengukus.
Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya.

Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
Kukus selama
jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak.
Bolehlah dihias dgn topping atau dimakan begitu sahaja.


Perhatian :

Semasa mengukus, pastikan air kukusan mencukupi, kalau kurang ditambah dgn air panas.













KEK COKLAT KUKUS (2)

Sumber: Zaiima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2

1 sudu besar majerin

130 ml double cream atau whipping cream

sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:

Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.















KEK COKLAT KUKUS (3)

Sumber: sdri Bebop

Bahan-bahannya
1 1/2 ketul (375 gram) butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul perlahan

1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya
1. Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10" yg telah disapu minyak, kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek)

Thursday, July 01, 2010

CHEESE FRUIT CAKE






CHEESE FRUIT CAKE BEBOP
(sumber : sdri bebop)

Bahan-bahannya
340 gram buah-buahan campuran
4 sudu besar jus oren

Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam

140 gram mentega
140 gram krim keju
140 gram gula perang
4 biji telur
2 sudu kecil pes lemon (saya gunakan orange paste/emulco)
160 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.

Nota:

Kalau mahu anda boleh taburkan kepingan badam diatas adunan kek sebelum dibakar.
Anda boleh gunakan loyang 8" x 8" untuk mendapatkan kek yg lebih 'tinggi'.