Followers

Monday, July 14, 2008

KEK LAPIS MASAM MANIS

Resipi Kek Lapis Masam Manis ni telah pun ada pada entry terdahulu. Semalam saya buat sekali lagi versi bakar tetapi dgn sedikit perubahan. Instead of gunakan biskut Marie, saya gunakan tpg HK saja. Saya bubuh ovalette dan gulanya pun saya kurangkan sukatannya. Selanjutnya, saya gantikan sekaya kpd jem raspberry.

Secara keseluruhannya, pada pendapat saya kek lapis sarawak ni agak manis. Memang dah mcm gitu kot! Walaupun saya dah kurangkan sukatan gulanya, ada segelintir teman-teman ofis masih cakap "woo, manis betul kek nii". I guess its very subjective lah. Kalau anda seorang yg penawar, pasti kek-kek lapis ni bukan "your cup of tea". Mungkin anda harus hadkan pemakanan atau selera anda pada kek-kek biasa yg mmg tak menggunakan gula yg banyak. For those yg "sweet-tooth", kira OK ler.

Utk kek lapis masam manis ni, saya cuba rasa keknya tanpa haw flakes; keputusannya -asas kek tak ler manis. Cuma, bila di makan bersama haw flakes, hah, tu lah yg terasa manisnya! So, my advise jgn kurangi sukatan gulanya lagi tp kurangkan lah hawflakes yg anda bubuh. Atau perhaps anda tiadakan jem atau sekaya tu. (Jgn marah ye orang2 Sarawak, sekadar cadangan jer)




KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Kek Lapis Haw Flakes ni telah saya bawa ke ofis bersama Agar-Agar Pelangi (dah beberapa kali siaran ulang-tayangnya) sebagai sedikit jamuan dlm sesi pertemuan/mesyuarat kami yg bertugas di salah sebuah agensi pemerintah.

So, jom cuci mata lagi k!


15 comments:

Anonymous said...

Salam. Nak tanya, susu pekat manis tu tin kecik ke tin tinggi? Kan ke ada 2 size (tu tak masuk kira yg giant size lagi). TQ.

BR said...

WS mast.
Saya gunakan susu pekat yg beratnya lebih kurang 397 gm. kalau kat Spore ni satu saiz je yg dijual.

Unknown said...

hiya..nak tanya whats the different kong kong flour from plain flour in making kek lapis.thanks

BR said...

Hi sue

Hong Kong flour sejenis tpg yg halus & baik utk membuat kek. Ia akan memberi texture yg halus dan lembut kpd kek-kek yg kita buat. Kalau gunakan plain flour ok gak tapi suba ayakkan tpg tu sehingga 3 kali agar ia ringan dan halus.

Unknown said...

thank you bro rozzan. Is hong kong flour called cake flour?
If not can i used cake flour over AP flour? Kek lapis akan lebih halus ke.

Hong kong flour and hong kong pau flour are different right?

Anonymous said...

Salam. Thanks Bro Rozzan sebab sudi jawab soalan size tin susu. One of this day..nak try laa buat mana2 resepi kek lapis yg simple. Saya & my mom suka mkn kek lapis. Kalau dpt kek lapis rempah (? betawi) lagi best. Nyum..nyum..nyum.

BR said...

sue > Hong Kong flour is one of the many types of flour for baking cakes. Kalau takde gunakan plain flour atau cake flour pun boleh. Kalau tka silap, they're the same sbb tpg HK pun sgt sesuai utk buat kuih pau.

mast > WS. You're welcome. I ada postkan resipi kek lapis rempah (bumbu) kat earlier entry. Cuba refer k.

Elin said...

Salam Bro Rozzan! I dah cuba resepi kek lapis masam manis nie! Memang sedap! But I notice dia tak tahan lama sangat i.e cepat berkulat! Is it because resipi nie menggunakan kaya or horlicks?

BR said...

elin,

Kek2 lapis sarawak biasanya gunakan susu pekat manis, horlicks, sekaya, atau jem. Jadi, keknya moist/lembab. Kalau anda nak biarkan diluar (suhu bilik) maybe bolehlah utk beberapa hari jer.Itu pun jgn ditutup kek tu -nanti takde udara yg masuk. Sebaiknya simpan di dalam peti ais. Nak makan barulah keluarkan sebentar sebelum dipotong ya.

rossalle said...

Abang Rozzan..Saya dah buat Kek Lapis Masam Manis ni 30 biji setakat ni.. Ya ampun.. baru ni nak khabarkann.bila semakin banyak kengkawan order mcm bersalah pulak tak bagitau.. Apa-apa pun maafkan saya ye ..

BR said...

No problem rosselle. Itu hak anda utk menerima tempahan. Alhamdulillah, saya tumpang gembira atas kejayaan anda. Rezeki tu semua ditentukan Allah swt. Bersyukurlah kehadratNYA.

[CikguQiqin] said...

salam Bro Rozzan,
kek2 lapis u sgt menarik. i dah try buat kek lapis choc-peppermint. mmg sedap cuma a bit lembik maybe because i tak gunakan penimbang..main agak2 je.huu..tp serius cantik n sedap. nak tanya, apa fungsi ovalette? dan sekiranya tak masukkan dalam kek masam-manis ni, ada effect apa2 tak?

Alaimett said...

Abg Rozzan..ada beberapa resepi kek sy ambil dr resepi abg Rozzan...Mohon izin ye abg Rozzan...

fizahan said...

Mohon share resepinya abang rozan

fizahan said...

Abang rozan nak tnya.. Resepi ni boleh buat 1/2 adunan tak ??