Followers

Monday, December 10, 2007

KEK LAPIS BATIK KENYALANG



























Baked this Kek Lapis Batik Kenyalang on Saturday 8 Dec 07. Just thought of baking it as a juadah for guests who might drop by at Nora's place on that day. I also did Kuih Bakar Ubi (sorry, pic tak sempat snap!). Resipi Kek ni saya tukil daripada Forum Resipi Diana, sumbangan dari Sdri Zaira. Terima Kasih ya Zaira fr sharing this lovely recipe. My opinion of this cake is; Keknya tidak terlalu manis and I guess will suit most tastebuds. I only did slight changes utk mengikut citarasa saya. For all of you - Lapis Cake enthusiasts out there! plse give this a try. I'm sure it will not let you down. So, here's the recipe.


KEK LAPIS BATIK KENYALANG
Sumber : Majalah Saji, April 2003

Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.

Cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).

2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).

3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.

4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)

5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).

6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).

7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.

8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.

9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.

10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.


Nota:
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.


19 comments:

Anonymous said...

hyr BR, I baru buat kek ni semalam, and bila I buka tadi, kenetulan pula kek ni sama, dalam koleksi buku resipi 'antik' yang my mom bagi kat I, nama kek lapis ni Kek Lapisan Muhibbah, anyway it doesnt matter what the name is but I really salute you for having all the creativity in the world on hot to make the layers more attractive...

Anonymous said...

Hi! and TQ anonymous. I guess most sarawakian Layer Cakes have similar ingredients such as kaya, jam, horlicks, etc, It's the creativity part which really set the cakes apart -whether it turned out nice or just plain. Anyway, Im glad u have the same passion in baking kek lapis. Ada resipi2 lain yg nak share dgn saya kot?

Anonymous said...

Hi.I dah try buat kek ni,jadilah.tak sangka pulak boleh buat kek lapis.Lawa,tpi kena byk bersabar menunggu dok dpan oven.Thank you for sharing this recipe.God Bless....

BR said...

Hi anonymous! I'm glad ur cake turned out nice. Mesti cantik kan? Ya, mmg betul kalau nak wat kek lapis ni kena byk sabar. You're most welcome. God Bless you too ya.

Anonymous said...

Hai..saya suka sgt blog u ni.Koleksi rcp kek lpis smua saya ambik dari sini,n smua menjadi..Kalau bro ada rcp kek lapis seroja,share la dgn kitaorang yer.....Thanks.

Mary Hayati Abdullah @ Mary Hayati Lam said...

Rozzan, blog u menarik perhatian saya. Saya juga orang Sarawak dan meminati Kek Lapis. Saya dah linkkan blog u ke dalam blog saya: http://maryhayatilam.blogspot.com/

Tq.

BR said...

anonymous
> Insya'allah, kalau saya come across that recipe, I'll share with you ya.


kak may
> Thanks for linking my blog to yours , kak. Senang nanti I pi jenguk ur blog ya.

Anonymous said...

Salam, Bro
Mcm mana nak wat corak serong kek lapis nih.. Bole tunjuk
- Sue

Anonymous said...

nk tnya,mcm mane tepung hong kong tu?n bole x kalo ganti dgn tepung gandum biasa?thanx..

BR said...

Hi Sue,
Utk corak serong tu, sy letakkan 3 different colours adunan tu dlm 'botol sos plastik" yg berasingan. Then picit jer serong2. Harap faham yer!

BR said...

Hi anonymous,

Tepung Hong Kong tu sejenis tepung yg halus dan sesuai utk dibuat kek. Kalau nak gunakan tpg biasa/gandum boleh gak tapi tekstur kek tu kurang halus dan mmenariklah.

Anonymous said...

Hi..juat nk tanya..Gris tu nak pakai apa ek?

-khairul-

BR said...

Hi khairul,

anda boleh gris dgn mnggunakan mentega ya.

Sueozana said...

Slmlkm Bro, VERY NICE BLOG..! U ada buka class for Kek Lapis Srwk ke? Kalau ada, where & when is the nearest date..? I really fancy this cake n so interested in learning & explore the methods.

Pls update me.TQ.

BR said...

BR > sueozana

W'Salam, dan terima kasih sudi berkunjung ke sini. Heheh, anda kat Msiakan? Kat sana, saya rasa ada beberapa tokeh kek lapis yg buka kelas. Salah satunya, my friend, Cik Dayang dari Rawang Selangor. Mmg expert dia ni bab2 kek lapis sarawak. Cuba lungsuri blog beliau yer. Ada link utk ke blog beliau di blog saya. Insya'allah, beliau mmg ada conduct kelas2 membuat kek lapis ya.

Misha Othman said...

hi rozzan kak misha nak ucap kan terima
kasih banyak2,kerana kongsi resepi.akak ambil resepi kek lapis nutella & cheese dari blog u,tahun ni nak buat kuih punya buntu,cari punya cari resepi jumpa blog u,by d way kek yg akak cuba anak2 suka dan menjadi.lepas ni nak buat hantaran kawin anak sedara,aka nak copy kek lapis yg u buat boleh ehh jagn marah.sebab akak ni baru nak mencuba buat gubahan dan semoga allah lempah ruahkan, rezeki untuk u sekeluarga,keran tidak lokek dgn berkongsi ilmu.masuk blog tau walaupon sekali sekala.

BR said...

Mekasih kak Misha krn sudi mencuba resipi2 dari blog saya ni. Alhamdulillah percubaan akak menjadi. Tahniah! Akak juga berbakat yer. Mekasih utk doa akak, Amiinn....

Unknown said...

Kek Batik
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html

ciputcedut said...

nampak menarik tp x berapa faham saya nak buat sebb br nk belajar buat kek lapis ni