Followers

Monday, September 18, 2006

Mee Siam Goreng

Mee Siam merupakan salah satu hidangan mee yg saya gemari. Selalunya mee siam dimakan dgn kuah yg rasanya masam-manis dgn bahan tauco yg takleh tinggal. Tetapi, kadang2 kalau malas nak masak kuahnya ataupun kesuntukan masa, buatlah sedikit improvisation. Bubuhlah taucho ke dalam rencah mee ini utk membangkitkan aroma Mee Siam yg asli... Yg istimewa lagi ttg mee yg terpapar kat blog ni ialah ianya dimasak oleh....... pembantu peribadi saya (hehe...isteri saya lerr).





Mee Siam
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat hingga lembut, toskan)
250 gm taugeh (bersihkan)
1 cawan lada kering kisar (kalau kurang pedas, boleh tambah)
3 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
2 sudu makan udang kering (rendam, kisar)
beberapa keping fish cake (potong ikut suka)
sedikit belacan (sikit jerr)
3 sudu makan tauco (lecek halus)
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup/bawang, bawang goreng, lada merah hiris, hirisan telur dadar, limau kasturi.

Cara
Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, belacan dan campurkan dgn cili kering kisar tadi. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumislah bahan2 kisar ini. Setelah garing, masukkan tauco, gula, garam dan kacau lagi. Kemudian masukkan taugeh dan fish cake, udang dan seterusnya mee hoon yg telah dicelur tadi. Akhir sekali masukkan sos tomato dan gaul rata-rata. Angkatlah dari kuali dan bubuhlah bahan taburan di atas mee siam ini.

Nota:
Kalau nak buat Mee Siam berkuah, siapkan rencah tumisnya (i.e bawang besar/putih, cili kisar,belacan) seganda (twice the amt). Tumis rencah ini sehingga garing, masukkan sedikit gula, garam. Ketepikan. Kemudian ambil 1/3 rencah panaskan dan masukkan taugeh dan mee hoon jer. Gaul rata.

Untuk kuahnya, ambil lebihan rencah tumis tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air (kira-kira 3-4 mangkuk, atau lebih) . Bubuh 1/2 botol tauco yg telah di tumbuk separuh halus, sedikit garam, air asam dan gula. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Boleh juga dibubuh sedikit kacang tanah yg telah sangai dan ditumbuk kasar2. Sesuaikan rasanya, ada rasa tauco, masam sikit dan manis. Bahan-bahan seperti fish cake, udang hidup, daun sup/bawang, lada merah hiris, telur dadar tidak digunakan.

Untuk menghidangkan, ambil Mee Siam tadi dan bubuh dlm pinggan, tuangkan kuah & taburkan di atasnya hirisan daun kucai, potongan tahu yg digoreng, sedikit bawang goreng, telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis biasa.

8 comments:

mamafami said...

Mama prefer mihun to mee kuning or other types of noodles. Kalau makan kat luar (di Malaysia la), I will go for mihun, then baru kue tiau...sampaikan my mom, kalau masak mee bandung, for me it'll be mihun bandung...Tapi mama kalau masak sendiri...mihun goreng je la semanjang...

rozzan said...

Mcm sama gitu eh taste. Same here, Mama. Kecuali mee rebus, saya kurang meminati mee kuning. Terkadang tu chemical yg dlm kandungan mee kuning tu baunya terlalu kuat. Apapun, mihun/kue tiau mmg enak...Even my daughter kalau beli mee mamak suka campur mihun & kue tiau.

Sinah Bisc. said...

kakmOn nak tanya sikit; kat spor mana nak dptkn asc tuk wat cookies?? ie manik candy, flower n all sorts of cookies decoration.. stok akk dah abis lah.. kat bnei tak jual lg huhuhu

rozzan said...

Saya tgl kat eastern side of Spore. Ada a few shops yg khusus jual barangan bakery seperti di GHIM HIN LEE (di Blk 10 Haig Rd), AILEEN BAKERY HOUSE (Tanjong Katong Complex) & rangkaian kedai PHOON HUAT & CO. di merata Spore. Kalau kat lain2 kawasan pasti ada cuma saya kurang pasti.

Sinah Bisc. said...

rozzan memang tempat2 tu lah akk selalu merayap beli bahan2 cookies. Aileen BH tu memang superb.. tak tahu lah hari ni.. masihkah ade bahan decor yg cantik2.. Dan kat Phoon Huat jugak disembawang. Bukan apa akk tanya.. kut2 ade yg dekat scott atau orchard rd yg Rozzan tahu persis. Sebab sedara sepusat sepusing akk tgh confrnc 4hari dsana. Nak suruh dia pi jauh2 tu memang tak masuk kamus die huhuhuhu..

rozzan said...

Alamak kakmOn, sepanjang penglibatan saya dlm bidang ni x pernah gi beli bahan2 kat Orchard Rd lah. Lagipun, kalau dah kat town mcm Orchard tu, jawabnya beli jer kuih/cookies yg dah siap kat kedai tu ler.hehehe. Tapi xpe, nanti saya canangkan kat Msg box & see if anyone knows of shops selling bakery items around Orchard Rd k?

Sinah Bisc. said...

hahaha memang kakmon pong tak penah jumpa.. tu ler tanya tuan tanah.. kut2 ade tempat yg tersembunyi ;) thanks for gual canang tuk kakmon :D

p/s akk suka beli tat nanas begawan solo.. *****

rozzan said...

Hehe, actually kedai2 camni pasti ada di merata kawasan di spore ni .. cuma saya yg tak 'merantau' jauh dari 'pondok' saya kot...

Psst.. kalau beli tart nenas tu next time, kasi rasalah sebiji dua!