Followers

Thursday, June 12, 2008

KUIH TALAM BERLAUK



Saya memang meminati Kuih Talam Berlauk sejak dulu lagi. Saya selalu memerhatikan arwah ibu saya setiap kali beliau membuat kuih-kuih melayu ni. Pendekata, saya ni macam 'apprentice' yg tak diundang. Yang pasti, banyak soalan yg saya tanya kpd beliau jika saya kurang faham.

Kuih Talam Berlauk ni lebih kurang macam Kuih Bakar Berlauk. Bezanya satu dibakar yg satu lagi dikukus. Namun demikian, Kuih Talam Berlauk yg biasanya dibuat oleh arwah ibu saya selalunya menggunakan bahan inti seperti daging kisar/cincang yg disangai/goreng, udang kering tumbuk dan telur dadar hiris. Ini dah mencukupi. Bagaimanapun kali ini, saya menambahkan inti seperti udang hidup dan crab stick. Biasalah, saya ni suka mencuba sesuatu yg baru.

So, kalau sesiapa teringin nak mencuba kuih talam berlauk ni, siapkan bahan2 di bawah ni dan ikut peraturannya yaa...




KUIH TALAM BERLAUK
Bahan-Bahannya
300 gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
800 ml santan pekat dalam kotak (saya gunakan KARA)
1100 ml air
2 sudu teh garam
{Satukan semua bahan di atas dan ditapis. Masak di atas api yg sederhana selama kira-kira 15 minit sehingga adunan menjadi agak pekat (jgn terlalu pekat)}

Bahan-Bahan Inti
250 gm daging kisar
1 sudu teh ketumbar + 1/2 sudu teh jintan halus + 1/2 sudu teh jintan kasar (dikisar)
sedikit halia, bawang putih & serbuk lada putih
secubit garam
(Satukan dan gaul lalu goreng dgn sedikit minyak hingga kering sedikit)- kalau nak ringkas, goreng dgn garam & ladaputih jer sekadar mematikan air dagingnya.

100 gm udang hidup (buang kulit, dibersihkan & goreng sebentar 1-2 minit)
4 sudu makan udang kering (direndam dan kemudian ditumbuk halus)
4 batang crab stick (potong kecil2) - optional
1 btg cili merah (hiris)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 biji telur (dibuat telur dadar lalu dihiris)
sedikit bawang goreng

50 ml santan pekat KARA
50 ml air
2 sudu teh (bumbung) tepung jagung
secubit garam
(Semua bahan disatukan utk dituang atas kuih)

Cara:
1) Sapukan sedikit minyak di dalam loyang bulat berukuran 12" lalu masukkan ke dalam kukusan. Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan yg telah dikacau atas api tadi tadi. Kukus selama kira-kira 30 minit.

2) Kemudian buka penutup kukusan dan taburkan bahan-bahan inti rata-rata ke atas permukaan adunan kuih yg telah masak tadi. Mulakan dgn daging, udang kering tumbuk, udang hidup dan crab stick.

3) Setelah itu, taburkan pula daun sup/bawang, cili merah hiris, telur dadar hiris dan bawang goreng.

4) Akhir sekali, tuangkan santan bercampur tpg jagung tadi rata-rata ke atas permukaan kuih dan kukus lagi kuih talam ini selama 10-15 minit.

5) Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.


Sebelum dikukus


Sesudah dikukus

8 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum,,,
dah lama saya cari resepi ni,,,dulu saya suka buat talam berlauk ni tp sebab dh lama sgt tak buat dah lupa..
terima kasih sbb ada resepi ni..

BR said...

W'Salam.
Alhamdulillah, skarang dah jumpa resipi ni. Harap2 ia menepati citarasa anda. Terima kasih kembali.

tiffnotso said...

aaaaah inilah kesukaan ku. bukan suami dan anak2 saja yng tahu tetapi neighbours sepanjang jaln pun dah sedia maklum. kalau mereka godak ini kuih, mesti hantar ke rumah.

tak patut, tak patut. sekarang apa kaya kita pulak buat kueh ni dan antar ke rumah mereka. hoo tepelan jat rimau satu jalan ni haaa

BR said...

BR > tiffnotso

Cubalah! Sonang jer nak wat kuih ni. Cuma kena rajin mengukus lerr.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum wr wbr
Syukur! Rupanya Brother Zan is same as Rozzan. I was recently accepted as your friend in FB, masyaAllah! I am a big fan of your culinary skills dan Siti dah try dua kali this talam berlauk resipi and alhamdulillah my inlaws were impressed and so was my mom (susah betul nak impress her, imagine she still racik that serai bila masak sambal goreng, tak kasi kita blend ...aiyoh!!!) Thank you kerana sudi berkongsi ilmu Brother Zan :) Salams from Saudi Arabia, Siti Salha Bte Shahrumshah

BR said...

BR > Salha
W'Salam Wr Wb.
I'm glad to hear that you succeeded in making this talam berlauk. And.. doubly-glad and happy that your talam berlauk was able to impress your in-laws and own mother. That can only mean, you are also indeed a capable cook, just waiting for the right recipe to 'strike'. Tahniah and keep up the good job. All Praise be To Allah. Yg baik tu dtg dari NYA dan yg kurang itu adalah dari saya sendiri. :)

Anonymous said...

Boleh tak saya taruk intinya dua lapisan?