Followers

Thursday, September 21, 2006

Puding Batik




















Puding Batik merupakan sejenis puding yg enak dimakan dalam keadaan sejuk. Ia agak mudah dibuat kerana tidak perlu membakar (sesaper yg takde oven lagi tu orait lah kalau nak wat puding ni). Namun demikian, kalau diteliti bahan2 yg digunakan ....ish ish ish saya nasihatkan jgn makan selalu! Bimbang berat badan bertambah nanti.. hehe. Namanya begitu mungkin kerana setelah dipotong, puding ni memberikan corak/pattern ala ala 'kain batik lepas' . Untuk menunaikan request dari maya, di sini saya lampirkan resipinya. Selamat mencuba! (Maaf, pd gambar ini, puding nya telah dihias menjadi barang pengiring hantaran waktu majlis pertunangan. Tak dapatlah nak tunjukkan corak batiknya.)


PUDING BATIK

Bahan

600 gm biskut manis Marie- dipatah2 dua
12 oz (350 gm) mentega
10 biji telur
5 oz (150 gm) gula pasir
10 oz (300 gm) air *
½ tin susu pekat *
3 oz (90 gm) Milo serbuk *
3 oz (90 gm) Nestum
2 sudu besar serbuk koko *
1 sudu teh esen vanilla *
1 paket agar-agar serbuk *


Cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi.

Satukan bahan-bahan * di dalam periuk dan masak diatas api (sederhana) hingga mendidih.

Masukkan bahan mentega/telur tadi dan kacau lagi hingga sebati dan mendidih sekali lagi.

Kemudian, masukkan pula biskut Marie yg telah dipatah-patah dua dan kacau perlahan-lahan agar biskut tidak hancur.

Tuangkan ke dalam loyang persegi empat yg telah dialas kertas tracing/kek dan disapu mentega.

Perlahan-lahan tekan adunan ini hingga mampat. (Anda boleh menggunakan sejenis alat menekan kek lapis).

Biarkan puding ini sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk didinginkan selama beberapa jam.

Bila hendak dihidangkan, barulah keluarkan dari peti sejuk dan potonglah seperti anda memotong kepingan2 kek. Selebihnya, simpan semula di dalam peti sejuk.

8 comments:

rossya said...

rozzan, u ker yang hias pudding tu... Wahhh.. caya lah Rozzan.. cantikkkkk tu..

rozzan said...

Alhamdulillah, mmg saya yg hiaskan puding tu. Saya ada gak ambil tempahan gubahan tapi dah lama stop, takde masa.Tapi yg ni req dari my sister (for her fren's daughter engagement). Saya takler berapa pandai but sikit2 OKler. Sayangnya, banyak yg saya buat dulu tak teringat pun nak ambil gambar....

mamafami said...

Ha ah kan Kak Rossya, cantik banget gubahan Rozzan ni. Kalau mama yang gubah, ntah jadi apa-apa tah...tangan keras! Tak de seni dan kurang kesabaran!Hehe....

rozzan said...

Hehe, tima kaseh mamafami atas appreciation anda terhadap gubahan puding tu. Actuallykan, saya rasa ramai org boleh buat, cuma kena bnyk praktis jer.. Insya'allah berjaya.

Anonymous said...

tumpang tanya kalu tak nak guna oz mcam mana nak agak bahan2 tu, tak reti la oz, kalu gm atau cawan tau la...boleh tak tolong beritahu sukatan dlm bentuk lain..dah lama nak buat tapi disebabkan sukatan oz tu terbantut nak buat puding ni

BR said...

Saya dah bubuh sukatan dlm gram. Sila rujuk ya..

Nur said...

Kene taruk ker serbuk agar-agar tu?

BRO ROZZAN said...

BR > Nur

Kalau xnk taruk ok gak tp kalau taruk lebih baiklah. :)