AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan1 ekor ayam (1.2 to 1.5 kg) - dibuang kulit, potong 8 atau 12 kpg
15-20 btg lada kering (rendam, kisar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (titik)
1 inci lengkuas (titik)
1 biji bawang besar (hiris-utk tumis)
1 tin kecil tomato puri
100 ml susu cair
sedikit badam (abt 10 biji, buang kulit kisar halus)
1 sudu teh jintan halus (kisar)
segenggam bawang goreng
secukup minyak utk menumis, tambahkan 1 sudu besar minyak sapi (optional)
garam, gula secukup rasa.
Cara:
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih & halia hingga halus. Panaskan minyak, tumis bawang hiris. Setelah bawang layu, masukkan rempah kisar tadi bersama jintan, serai dan lengkuas. Masak hingga rempah betul2 garing lalu masukkan ayam tadi. Masukkan juga secukup air utk mengempukkan ayam. Setelah ayam 1/2 masak, masukkan tomato puri, susu cair, badam kisar, garam dan gula. Kacau rata dan masukkan bawang goreng. Kacau lagi dan kecilkan api dan biarkan hingga ayam empuk.
Dan inilah mee goreng yg biasa saya masak utk keluarga.
Mee Goreng
Bahan-Bahan1 kg mee kuning
300 gm taugeh (dibersihkan)
1 cawan cili kering kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)*
2 biji bawang besar (saiz besar, kalau kecil gunakan 3 biji)*
1 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering (rendam, tumbuk)*
250 gm daging (potong nipis, kecil2 –rebus hingga empuk)
2 keping fish cake besar (abt 200gm)-hiris
250 gm udang hidup (buang kulit, tinggalkan ekor)
4 batang crab stick (potong kecil2)
3 ekor sotong basah, dibersihkan (potong bulat2)
3-4 sudu makan sos tomato
2 biji kentang (rebus dan potong kecil2)
4 biji tomato (setiap biji dibelah 4)
1 sudu teh gula (optional)
2 sudu makan kicap manis
garam secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup/bawang
sedikit bawang goreng
telur dadar hiris (hiasan) - optional
limau kasturi (optional)
Cara:
Kisar bahan-bahan *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hiris. Bila layu, masukkan bahan-bahan kisar lalu masak hingga garing. Masukkan daging, fish cake, sotong, udang dan crab stick dan kacau rata. Setelah itu masukkan taugeh dan kacau sebentar. Kemudian masukkan mee kuning, sos tomato, kicap manis, gula dan garam. Gaul rata dan sesuaikan rasanya. Setelah itu masukkan kentang rebus, tomato, bawang goreng dan daun sup/bawang. Gaul sekali lagi hingga rata lalu matikan api. Hidangkan bersama hirisan telur dadar dan limau kasturi.

8 comments:
resepi ayam masak merah tu.. samalah dgn resepi saya. Saya biasa gunakan resepi tu utk makan keluarga...memang sedap!
Cuma resepi saya tak de badam dan jintan... bahan lain semua ada dan saya tambah buah tomato yang dihiris untuk menambahkan rasa.
Memang ada banyak versi lauk Ayam Masak Merah ni. Ada yg gunakan santan instead of badam/susu cair. Dan haizatul sendiri gunakan tomato manakala saya tidak. Asalkan bahan asasnya ada, I'm sure the taste will be great. Almaklum sajalah Haizatul, manusia ni kan mempunyai citarasa sendiri. Anyway, thanks for dropping by and sharing ur opinion Haiza...
Esh...tengok gambar mee goreng tu, dok terbayang ler makan mee sekali dengan krap krup taugeh gemuk tu...peh...mesti best punyalah!
Mee Goreng cara ni mmg my wife's favorite. She can do it but says its not the same when i cook it. Entah eh ! apa kurang dan apa lebihnya ye?
masak merah ni memang banyak versin nya, mine tak ada susu cair. Letak kan daun ketumbar lagi sedap bau nya!!
Betul tu mummy, bila menghidangkan nya utk tamu, saya selalu taburkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng! mmmm mmg sedap.
Maksih hbanyak Jilbab Segi Empat Terbaru dan Grosir Jilbab Murah serta Agar Online Shop Ramai Pembeli dan Cara Pasang Iklan di Tokopedia juga Cara Mengatasi Online Shop Sepi Pembeli kemudian ada juga Cara Meningkatkan Penjualan di Lazada dan Cara Mengatasi Jualan di Tokopedia Sepi
Post a Comment