Followers

Sunday, November 25, 2007

RESIPI-RESIPI KEK LAPIS

Of late, memang tak banyak updates sbb masa tak mengizinkan... (maybe alasan kot!). So, sebagai tidak menghampakan sesiapa yg mengunjung ke blog saya, di sini saya postkan beberapa resipi-resipi kek lapis dari chef tempatan Puan Aini Salim. Saya sendiri belum berkesempatan mencubanya. Jika sesipa yg sudi mencuba, silalah dan perhaps boleh berkongsi maklum-balas ttg resipi tersebut. So, here they are.


KEK LAPIS TASIK BIRU

Bahan-Bahan
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 gm mentega
300 gm gula kaster
180 gm tepung halus
200 gm walnut (dicincang)
30 ml air dingin
1 sudu makan penstabil
1 sudu makan vanilla atau minyak berperisa mentega
pewarna biru

Cara
1. Satukan mentega dgn vanilla atau minyak berperisa mentega dan pukul hingga putih. Ketepikan.

2. Satukan telur, gula, penstabil, tepung halus dan airdingin di dalam mangkuk lain lalu dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan pula adunan mentega dan digaul rata.

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 2 bahagian dicampurkan dgn walnut dan yg 1 bahagian lagi diwarnakan biru.

4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan walnut ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan walnut dan bakar lagi 2-3 minit.

5. Kemudian , bubuh 2 senduk adunan biru, ratakan dan bakar. Ulangi proses melapis berselang-seli 2 lapis adunan walnut dan 1 lapis adunan biru.

6. Pada lapis penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama 5-10 minit.


KEK LAPIS PELANGI SENJA

Bahan-Bahan
27 biji kuning telur
480 gm mentega
230 gm gula kaster
160 gm tepung gandum
1 sudu makan penstabil
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
coklat cip secukupnya
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara
1. Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan.

2. Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata.

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning.

4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit.

5. Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4.

6. Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan.

7. Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.


KEK LAPIS SAMPOERNA

Bahan-Bahan
25 biji kuning telur
500 gm mentega
250 gm gula kaster
170 gm tepung gandum
100 gm ceri (didadu)
50 gm halwa pala (dicincang)
50 gm badam (dipanggang dan dikisar)
1 sudu makan penstabil
5 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan madu
1 sudu teh esen buah pala

Cara
1. Satukan mentega, susu, madu dan esen pala. Pukul hingga putih dan ketepikan.

2. Satukan telur, gula, penstabil dan tepung lalu dipukul hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega dan digaul rata. Masukkan pula ceri, halwa pala dan badam. Gaul rata-rata.

3. Sediakan loyang berukuran 9 x 9 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan, ratakan dan bakar selama 2-3 minit.

5. Ulangi proses melapis sehingga adunan selesai.

6. Pada lapis terakhir, apabila kek telah nampak kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.

11 comments:

Jericho said...

Assalamulaikum bro rozzan,apa kbr?bro nak tnya,kek lapis pelangi senja 2 guna telor 27 biji kuning sja ke atau guna putih telor juga?bro kek lapis pelangi senja ne dpt guna telor sedikit ke?kira-kira brpa biji telor klw guna loyang 9x9 tau 8x8?klw x pyh guna api grill boleh ke bro?cuma guna pembakar biasa(ketahur)

BR said...

WS Jericho,

Khabar baik. Resipi in mmg gunakan 27 kuning telur jer. Semua putih x pakai. Tapi, kalau oven anda takde fungsi grill (api atas) anda x dapat membuat kek lapis. Harap maklum yer.

marble cake said...
This comment has been removed by the author.
marble cake said...

Hi!bro rozzan,selamat berpuasa dan hariraya yang akan menjelang tidak lama lagi sekarang saya tgh buat kek pelangi senja saya harap kek lapis ini akan kelihatan cantik dan menyelerakan.Tapi saya syorkan kepada siapa yang berminat dengan membuat kek lapis insya'allah akan berjaya amin.Terimakasih bro rozzan yang tak lokek dengan memberi banyak resipi dan tips yang telah saya pelajari dari resipi bro rozzan.

BR said...

Hi sis "marble cake"

Mekasih atas kata2 anda yg begitu assuring utk mereka2 yg bakal mencuba kek2 lapis. Insya'allah, kalau kita buat sesuatu dgn ikhlas, Allah permudahkan laluan kita ya. Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam, buah halwa pala tu apa??..kalau tak ada buah halwa pala boleh pakai buah kismis hitam???

Anonymous said...

penstabil tu apa yer?boleh bagitau tak..

narimah abd rahman said...

assalamualaikum bro rozan..1st tima ak dpt cr resepi kek lapis serawak...rasa teruja sgt nak mncubanya...cuma ak nak tanyer penstabil tu apa yea?

catcity said...

penstabil = ovalette

SUTINAH AYOOB said...

Salam Abg Rozzan, ni nak tanya mana nak dptkan resepi kek lapis mami jarum & cara membuatnya? It seems I could not find lah..terima kasih Abg Rozzan...

Anonymous said...

Salam. Nak tanya, kalau pakai oven biasa, boleh buat x kek lapis ni? X pasti plak ada fungsi grill ke x, tp yg biasa buat kek n ada utk panggang ayam tu. N, u ada resepi kek lapis idola x?
TQ