Followers

Sunday, January 27, 2008

KUIH BAKAR JAGUNG

Di sini saya poskan resipi Kuih Bakar Jagung untuk sesiapa yg ingin mencuba.




















KUIH BAKAR JAGUNG

Bahan-Bahan
250 gm tepung gandum
230 gm gula (kurangkan sedikit jika anda penawar)
400 ml santan kotak
200-250 ml air
4 biji telur - kocok sedikit
1 kotak krim jagung (cream style corn) - 380 gm
50 gm jagung (whole kernel corn)- optional
2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh serbuk vanilli

Cara:
1. Tepung, gula, minyak sapi, air dan santan disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan krim jagung, jagung, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
5. Bakar selama 40-50 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
6. Jika gunakan acuan yg kecil & adunannya tak tebal, masa membakarnya sekitar 20-25 minit.





















I also did Kuih Talam Cendol lagi utk menunaikan permintaan rakan. Just the pics, resipi in my earlier posting.





2 comments:

Riena said...

aaaa thanks a lot brader! ingat aa i mintak hari tu..i definitely must try this at home! kudos to u!

BR said...

Insya'allah, ingat! Kalau terlupa, apa nak buatkan, heheh. kasi reminder lerr..heheh.