Semalam Christmas eve- seharusnya kerja half day tapi khidmat/servis di jabatan pemerintah dan badan berkanun (Stat Board) jalan terus.....seperti biasa sehingga jam lima. Oleh kerana baru jer nak kembali sihat dari flu, terasa penat gak setelah pulang dari ofis. So, atas saranan org rumah, saya pun cuba2lah makan royal jelly. Pastu minum kopi lak, heheh dah lama tak minum kopi O- nyamannn....
Oleh kerana kesan kedua-dua tu agaknya, mata ni tak terasa ngantuk dan badan pun terasa cergas walaupun dah pukul 11 mlm. Daripada terus tgk tv atau mengadap pc, baik buat sesuatu yg lain. Lagi pun esoknya cuti umum. Pikir punya pikir, hah....akan ku cuba buat Agar-Agar Lapis- sesuatu yg ingin sangat saya cuba tp belum ada keyakinan diri dan resipi yg boleh dipercayai. Lantas ku semak beberapa resipi agar-agar ini yg ada dlm simpanan dan mengambil keputusan utk mencuba resipi AGAR-AGAR PELANGI INDAH dari buku Pn Asmah Laili.
Utk percubaan pertama kali ni, mungkin warnanya tak seindah pelangi lah! Walau bagaimana pun, yg penting ialah pengalaman yg dapat ku timba semasa membuatnya. Tapi nasihat saya, jika anda nak membuatnya harus ada kesabaran kerana masa membuatnya memakan masa lebih kurang 2 jam. Jom kita lihat gambar dan kalau nak cuba, here's the recipe!
AGAR-AGAR PELANGI INDAH(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam
Bahan CLoyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Contoh Lapisan:LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTANLAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANGLAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTANLAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANGLAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANGLAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTANLAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG
35 comments:
BR... agar2 lapis ni memang mengagumkan tau... sekali buat macam2 warna dan bentuknya ya...
Heheh, tu lah, mlm tu mcm terlebih tenaga lak! Nasib baik jadi- tak sesia dok melapis agar2 tu selama 2jam!!
Bro ni memang rajin bab lapis melapis ni tau. Sungguh tinggi tahap kesabaran mu itew. Bolehlah digelar Raja Lapis macam ni! Cantik bebeno puding tu bro... kalau dapat ngap je, sedap ni...
Heheh, thanks mama. Mmg sedap agar-agar ni. Entah eh, maybe I have a softspot fr something which tastes nice and pleasing to the eyes. Sbb tu walau lama nk membuatnya, rasanya berbaloi! Kalau u tgl dekat sini, I dah antar kasi rasa!
i visited ur blog..cantik agar2 ni...mesti nak cuba nihhh satu hari nanti...
Hi shafidah & thanks fr dropping by. Yeah, I guess it really does look nice. "Nicer" even when you get to eat it....give it a try!
i baru buat agar2 lapis durian. nak tengok tak rozzan?
Why not riena; maybe u can email to me the pics and resipinya kalau tak keberatan lah.
bro, rasanya berapa lama nak tunggu selapis acuan tu keras?
Hi tanty,
setiap lapis agar-agar tu anda perlu tunggu kira-kira 5-6 minit (sehingga ia 3/4 keras). Kalau anda tunggu sehingga ia betul2 keras, bila siap nanti & apabila dipotong, mungkin ada lapisan yg "tanggal"- tak melekat. Harap anda faham ya.
saya dah buat utk b'day ank baru2 nie.. toping tu sya bubuh whiping cream.. nampak yummy jugalah. Tapi layer yg ketiga tu tertanggal.. sbb lama sgt biar kesejukan...
Hi chah.
Baguslah anda tau di mana silapnya. Next time cuba lagi yaa. Mudah2an, hasilnya akan lebih baik.
Hi There. I came across your blog and i must say this was the ferst thing i tried. My boyfren, my sister and i decide to give it a try. your steps are easy and the outcome is super nice. thanks for sharing. looking forward to try some more recipes. Psst.. my boyfren's mum say...SEDAPPPPPPPPP =)
Hi snowyrush
Firstly, thanks for visiting.
2ndly, congrats, your effort paid off. I'm sure all of you got talent, just need to polish up heheh.
canteq nyerrrr...
Salaam BRO, pertama kali saya ge blog awak dan cuba agar2 pelangi ia menjadi. Dah lama saya cari resipi ini. Alhamdulila resipi mudah difahami. Famili saya suka, saya kasi pada jiran n juga tutor anak saya. Terima banyak BRO May Allah Blez u Alwis.
BR > anonymous
TQ
BR > roxane64
WS. Alhamdulillah percubaan anda menjadi dan berjaya! Mekasih kembali dan TQ for ur doa, Amiinnn....
Bro,..terima kasih yah resep nya,.enak sekali,..anak2 suka,.
dat time ada gathering kat rumah mertua aq bawa agar2 pelangi ini,.mereka blg sedap,.semua minta resep nya..
minta ijin yah,.share resepnya..
thanks..
agar2 ni mmg sedap.buat arini 4 bday my daughter.semua org ckp sdp.thanks 4 the recipe..
Salam Bro Rozzan..
Luv ur Blog,ema acih kerna tak lokek ilmu!!! me try uat give my unty.They luv it....Thks 2U!!
N now me da dpt tphan...haha
hw much slhd I charge them ar?!?!Mmmmm......hehe
BR > anonymous
Terima kasih kembali ya.
BR > nurin
You're most welcome sis.
Sweet1Ailiy,
WS. Mekasih sudi berkunjung. Actually I so far blum pernah amik tempahan. Yg ada I 'hadiah'kan jer... Anyway, I think you should kira harga bahan2 dia termasuk air, api dan sebagainya, then kali dua. Maybe S$25 kot??
Bro, macam teruja nak mencuba resipi ni ... Pasal apa, buat agar2 sajer makan 2 jam ... kalau kek lapis ke, kek kukus memang patut. But anyway, im gonna try this Deepavali holiday. Nanti bila try, i let u know. I really like yr effort having this Blog. Tak semua org sudi nak share resipi tau!
salam bro....bestnyer nmpak, nk wat gak lerrr..tp i nk tanyer skit...letak selapis2...tggu keras skit tuuu..agak2 brp lamer?... biler nk lapis yg seterusnyer kena cakar2 ngn garpu dl kerr??..kot2 ler x melekat...
BR > i luv coco
Ooopss, terlewat reply... Btw, dah cuba belum sis agar2 ni? Mmg cantik dan mencabar nak buatnya. Tp kalau dah siap mmg happy sesgt sbb chanteq kan!!!
Bab berkongsi resipi, I think itu pendirian masing2lah. Bagi diri saya benda ni sumer tk bawak mati heheh....Lebih ramai yg pandai lebih baik. Mekasih sudi berkunjung.
BR > Hanny Akram
Maaf terlewat reply. Saya rasa setiap lapisan kira2 7-8 minit. Itupun saya bukak fan. Bila dah 3/4 keras tkyah cakar2 dgn garpu. Terus jer bubuh lapisan selanjutnya. Insya'allah menjadi.
bro, saya memang kagum yg awak. & banyak resipi kek lapis saya dpt dari melayari blog ni. tapi nak sikit lah bro, saya pernah membuat agar2 lapis ni, tapi bila saya kluarkan dari loyang ada lapisannya terpisah, camne eh nak buat supaya ianya melekat (stay intact)? thanks in advance ya. :)
BR > anonymous
Thanks for the compliment. Ttg agar2 lapis ni, utk mengelakkan lapisan agar2 tu dari 'terpisah', pastikan pd setiap lapisan, bila agar2 tu dah 3/4 keras -terus jer bubuh lapisan yg seterusnya. Jgn dibiarkan lapisan agar2 tu keras baru nk bubuh lapisan yg seterusnya. Ini yg menyebabkab lapisan agar2 tu terpisah yer! harap maklum.
Salam uncle rozzan ;)
Saya baru try buat agar-agar pelangi nih...
Alhamdulillah,jadik...
Lawa warna dia...hehe
Thank you very much for the recipe !
thanks for sharing...
Obat Perangsang Wanita
http://www.sediaobatperangsang.com/
thanks for sharing, nice blog and article
I like it this really good information.
http://alatpembesar.net/obat-pembesar-penis-vimax-alamivimax-asli-herbal/
Post a Comment