Followers

Tuesday, August 26, 2008

KUIH BAKAR KELEDEK

Kuih Bakar Keledek merupakan satu lagi kuih bakar yg menjadi kegemaran saya selain kuih bakar pandan, jagung, durian, kentang dan lain2 lagi. Berikut ini saya sertakan resipinya utk anda yang ingin mencuba.




KUIH BAKAR KELEDEK

Bahan-bahan :
250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.


Dan di bawah ini merupakan roll sosej yang saya rasa anda semua tahu membuatnya. I actually did it last night. Gambar sekedar hiasan dan utk santapan mata jer k!


4 comments:

hnyhar said...

sedapnye nampak kuih bakar keledek tu..nanti nak cuba buatlah..thanx 4 the recipe bro!!

saya suka ziarah blog bro rozzan ni..sebab ada byk resipi yg best2..

BR said...

Salam hnyhar.

Thanks fr dropping by. Alhamdulillah, pada taste saya, sedap kuih bakar ni. Cuba lah..

hana said...

salam bro...

nk ucap trima kasih resepi nih...sy dh try n sedap! sory yerk amik tk bgtau dulu... halal yer... :) slamat ari raya!

BR said...

WS hana
Alhamdulillah, tahniah! Saya gembira cubaan anda berjaya. Mmg pun saya buka blog ni krn nk berkongsi ilmu. Jgn risau, halal dunia akhirat.