Followers

Wednesday, March 04, 2009

IKAN BAKAR



IKAN BAKAR

1 kg ikan pari - potong ikut suka (ikan2 lain pun boleh)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30-35 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
sedikit belacan
3-4 biji buah keras (optional)

(kisar semua bahan di atas)


4 sudu besar sos tomato
4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3-4 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang secukupnya
alum foil (kalau nak bakar dalam ketuhar)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau dan kacau sebentar.

2) Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg kurang. Biarkan sehingga sambalnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.

3) Daun pisang dibersihkan dan dipotong ikut saiz yg diperlukan. Begitu juga dgn aluminium foil tetapi biarlah ia lebih besar sedikit dari saiz daun pisang.

4) Alaskan daun pisang tadi dgn alum foil dan bubuh sedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dgn kemas. Buat begini sehingga habis semua ikan dan sambal.

5) Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 200 -225 darjah Celsius selama kira-kira ½ jam.


Nota:
1) Anda juga boleh bubuh sedikit cincalok (kalau yg gemar lerr!) ke dalam bahan kisar tadi.

2) Kalau tak cukup pedas jugak, bolehlah di cicah lg dgn sambal kicap/cili padi. Tak boleh angzzz....

2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

nanti boleh cuba nih...kecur air liur nengok...

Bro Rozzan said...

Cubalah sis. Anak2 saya suka sgt...