Followers
Tuesday, November 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Sempena Raya yg bakal tiba Jumaat ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd anda semua, khususnya umat Islam. Semoga kita dapat lebih menghayati erti kata "pengorbanan".
LABBAIKALLAA HUMMALABBAIK. LABBAIKALAA SYARII KALA KALABBAIK. INNALHAMDA WANI'MATA LAKAWAL MULK LAA SYARIKALAK.
Tuesday, November 10, 2009
ROTI SOSEJ
Salam sejahtera buat semua. Sebenarnya saya kurang sihat hari ni tapi kalau asyik makan ubat dan tidur jer, takutlah makin malas dibuatnya. So, kali ni saya saja nak share pics ttg roti sosej yg saya buat. Mudah dan enak. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nak buat kan! Bagi yg belum tahu, jom lihat. Bila dah tahu nanti, bolehlah buat sendiri, berbaloi... Resipinya bolehlah anda gunakan resipi pinwheel bread ni.
Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)
Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.
Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Dan yang ini pula saya buat roti keju. Setelah doh roti naik, saya taburkan keju parut dan sedikit gula pasir ke permukaannya. Bila dah separuh masak, saya bubuh lagi keju parut dan bakar lagi sehingga masak. (keseluruhan masa membakar lebih kurang 30-35 minit)
Sunday, November 08, 2009
KEK LAPIS OREO
Salam sejahtera. Semoga semuanya sihat2 belaka. Maaf, kerana dah lama takde updates. For the past one week, saya kurang sihat sket. Apapun, untuk tidak menghampakan Angie, Habibah dan mama kimi , di sini saya sertakan resipi kek lapis oreo, versi saya. Anda boleh mempelbagaikan perisanya tapi yg pasti, asas pembikinannya lebih-kurang sama dgn kek-kek lapis sarawak yg lain ya.
So, utk anda2 semua yg berminat silalah mencuba. Insya'allah menjadi.
KEK LAPIS OREO
Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah
Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.
Nota:
1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.