Kami juga tidak berkecuali. Selain dari hari pertama Raya, kami sekeluarga hanya pergi berkunjung ke rumah saudara terdekat pada petang Jumaat lalu. Saya sendiri pulang bekerja pada Sabtu lalu setelah bercuti kira-kira 2 minggu. Sekali lagi , kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin pada anda semua.
Anyway, mehlah jenguk serba sedikit kuih2 yg saya sekeluarga siapkan buat Hari Raya nie. (btw, tart nenas tu sbg hiasan jer, tu kuih tunjuk2) heheh.. tak sempat nak buat sendiri!
Resipi ini adalah sumbangan Sdri Deeyana dari Sarawak. Kek Lapis ni mmg sedap, no doubt abt it. Saya ambil kesempatan utk mencubanya pada musim Lebaran nie. Oleh kerana di Spore ni tak terdapat cokelat jenama KANDOS, saya tukarkan kpd cokelat jenama HERSHEY's. (Thanks Deeyana, kalau ada resipi yg best2 bleh lah share yer!)
KEK LAPIS KANDOS CHEESE
Bahan-bahannya :
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
10 oz gula halus
16 oz mentega
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovalet
2 paket serbuk santan segera
6 paket choc. Kandos (36 keping - dipatah dua)- saya gunakan 6 keping chocolate HERSHEY
2 paket cheddar cheese diparut (saya gunakan 1 kotak)
Sedikit warna hijau
Peraturan :
Pukul mentega dan susu hingga kembang.
Pukul telur, gula, ovalet, tepung dan santan hingga pekat.
Satukan adunan dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg satu lagi di bubuh pewarna hijau.
Bakar warna asal selapis dan taburkan cheese parut. Bila masak lapiskan pula dengan warna hijau dan susun secara rawak(rambang) coklat yang telah dipatahkan 4 dan bakar masak. Lapiskan semula dengan warna asal dan tabur cheese serta bakar masak. Bakar lagi warna hijau dengan ditaburi coklat. Ulang hingga habis.
(Psst... kalau sesaper yg sedang menjaga berat badan tu, makan kek ni ingat2 ye sbb kek ni lemak dgn keju, cokelat dan santan)
Kek Lapis ini pula adalah olahan saya sendiri sbb nak habiskan tepung2 ice-cream yg sedia ada kat rumah nie. Kalau nak cuba, saya sertakan resipinya di sini.
KEK LAPIS NEOPOLITAN
Bahan-bahannya:
24 biji kuning telur (saiz besar)
6 biji putih telur
14 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tpg Hong Kong }
1 sudu teh baking powder } ayak bersama
2 oz tepung ice-cream vanilla
2 oz tepung ice-cream chocolate
2 oz tepung ice-cream strawberry
1 sudu makan serbuk cocoa
1 sudu teh chocolate emulco (optional)
1 sudu teh strawberry emulco/essence
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
secukup hazelnut (cincang & dipanggang sebentar) -optional
Peraturannya:
Mentega & vanilla dipukul sebentar hingga kembang. Ketepikan.
Pukul telur (kuning & putih), gula, tepung HK, baking powder & ovalette hingga kembang dan pekat (kira2 10 minit). Satukan kedua-dua bahan ini dan kacau rata lalu dibahagi kpd 3 bahagian.
Satu bahagian dicampur dengan tepung ice-cream vanilla. Satu lagi dibubuh tepung ice-cream cokelat, serbuk koko dan chocolate emulco dan yg ketiga dicampurkan dgn tpg ice-cream strawberry dan esen strawberry/strawberry emulco. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai. Setiap lapisan plain atau cokelat ditabur dengan hazelnut cincang.
Resepi Chocolate Marble Cheese Cake ini yg berasal dari Puan Rohayah, saya dapatkan dari blog Sdri Diana di http://resipidiana.blogspot.com. Kek ini mmg sedap sbb tu lah saya buat kali kedua dan utk kali kedua ni pula, saya cuba bubuhkan potongan cokelat MARS di bahagian kejunya. OK juga lah rasanya, cuma terdapat sedikit 'cavity' di bahagian keju yg putih tu kerana kandungan gula dlm cokelat MARS yg cair bila kek dibakar. Anyway, kek ni tetap enak.
MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Rohayah
Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-caranya
Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.
Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan
bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.
Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. Selamat mencuba.
KEK MARBLE
Kek Marble merupakan sejenis kek yg selalu terdapat di rumah2 apabila datangnya musim perayaan Hari Raya. Sejak dari zaman dulu-dulu lagi, kek ini telah menyerikan meja-meja tamu ibu2 dan juga nenek2 kita. Di masa kini, terdapat banyak versi kek marble ini .
Resipi Kek Marble ini saya ambil dari blog Diana. Setelah menelaahnya, saya dapati ianya hampir serupa dgn resipi kek marble Puan Asmah Laili (tokoh masak Singapura). Saya telah mencubanya dan pada pendapat saya kek ini lembut tapi tidak berminyak sgt (seperti kata Diana). Berikut adalah resipinya:
KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley
Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette
Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.
Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok
Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.
*******************************
Di sini saya juga ingin memberi resepi Kek Marble yg biasa saya buat. Famili saya gemarkan kek marble yg lembut & lemak . And here's my version:KEK MARBLE
Bahan-bahannya:
8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
12 oz mentega
9 oz gula halus
10 oz tepung Hong Kong
5 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 4-5 sudu air panas), sejukkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli
PERATURANNYA
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya. Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih telur. Kacau rata-rata dan masukkan pula tepung yg dah diayak bersama baking powder. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh koko. Siapkan loyang yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko. Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit.
*************************************************
Dan di sini pula, adalah merupakan biskut2 Raya yg sempat kami hasilkan utk Hari Raya ini. Ada di antaranya telah saya sertakan resipinya dlm blog saya pd masa lalu kecuali Fancy Ice-Cream Biscuit yg saya petik dari blog Diana.
19 comments:
Salam rozzan n famili. Banyak kue2 raya atas meja ya..paling best kek lapis..teruja mama siti nengok tapi dah 10 tahun tak buat kek lapis, takut skill dah takada pulak..salam, mama siti.
W'Salam mama siti. Tahun nie saya pun actually malas nak buat kek lapis. In fact, I actually buat kek lapis tu pada Hari Raya ketiga sbb nak penuhkan masa krn walaupun cuti tapi tak berjln raya kerana anak sdg periksa.
Selamat Berlebaran Rozzan. Amboii.. banyaknyer biskut2 raya . Berapa macam yang Rozzan buat tiap2 tahun ni... terbeliak biji mata kiter...
banyak nya kueh raya, penuh satu meja! rumah mummy tak ada kek pun, biasa nya buat kek untuk makan sendiri aje...
Selamat Hari Raya buat Rossya & famili juga. Tahun ni sbb tak ambil order kek lapis, tu pasal ada masa nak buat kuih lebih2.. heheh. Tu pun ada yg tertinggal. Dlm perancangan ada 3-4 mcm lagi kuih yg nak dibuat. Bukan apa, ni lah masa nak mahirkan skills (kalau tidak, nanti berkarat). Lagipun kuih campak2/longgok2 senang jer kan Rossya...
Dtglah rumah saya mummy jam. Bleh rasa kek saya (selagi stok masih ada!) Tapi takpe, dlm perancangan, nak wat lagi 2-3 kek lapis..kalau masa mengizinkan lerr....
Hi Rozzan, pls share your recipe for the choco-peppermint cookies. Tks.:)
Abang Bro, saya sudah buat kek marble cheese dan kek lapis nescafe. Rasanya memang sedap. Dapat banyak pujian daripada saudara-mara. Resepi abang bro memang menjadi.Terima kasih banyak. Salam....Ani (Yew Tee)
Hi anonymous,
The recipe is simple. Instead of putting in the chocolate emulco/cocoa powder or leaving it plain, I add in abt 1 tsp of peppermint essence. That'll do, ya!
Ani,
Mekasih sudi mencuba resipi2 tersebut. Alhamdulillah, menjadi! You're most welcome Ani.
Salaam Bro,
Saya baru saja hari buat kek marble (sis blackmore)...sebenar baru berani buat sebab selama ini buat selalu bantut....alhamdulilah kali ini menjadi...thanx for the recipe and tips....
W'salam ayu.
Alhamdulillah percubaan you berjaya. Tahniah! Rajin2 mencuba di lain masa dgn resipi2 yg lain pula yer. Mekasih kembali.
Salam.
I'm just too hepi to share with u n the rest tt kek marble fr your resepi menjd. Dah 2 kali i buat n now dah ada org nak order pulak! Alhamdulillah,rezki..beb..rezki..hahaha.. Btw,bro,tq for sharing. Mudah2an Allah murahkan rezki anda sekluarga..Amin...
BR > Aidah
WS. I'm glad the marble cake turned out well for you. Congrats. Dah amik order? Alhamdulillah... TQ for your doa. Amin...
assalamualaikum rozzan, saya dah cuba kek marble chocolate cheesecate dah msak tengah2 kek mnurun. mcm ada lubang.
AH!!! Nari saya rasa macam kena jackpot kut! Resipi kek marble nih lah yang saya tercari2. Dulu pernah saya jumpa dan keknya menjadi. Pas tuh entah kemana pulak resipi nih menghilang...finally jumpa balik...sungguh gembira!!!!!!!!!!!!!!
Thank u!!!
BR > anonymous
Sorry for what happened. Agaknya waktu memasaknya tak cukup agaknya atau suhu oven kurang tepat kot. Sejauhni, bila saya buat, Alhamdulillah, menjadi. Cuba lagi yer, jgn putus asa.
BR > Za
Hihihi, mcm silap mata pulak yer! Now u see it, now u dont. Jgn kan awak, saya pun kdg2 cari resipi saya sendiri kat dlm blog ni tk jumpa... 2-3 kali check baru jumpa...
Salam Bro Rozzan,
nak conform sikit. kuning telur buat kek marble ni kita campurkan pada butter-sus mixture kan?
Post a Comment