Followers

Friday, November 24, 2006

KEK LAPIS CHEESE / KEJU

Di atas permintaan seorang pengunjung blog ini, di sini saya sertakan resipi Kek Lapis Cheese sumbangan saudari Deeyana dari negeri bumi kenyalang.. Diharap dapat dimanfaatkan oleh anda semua termasuk yg meminta resipi ini. Selamat mencuba!


KEK LAPIS CHEESE / KEJU

Bahan A
10 biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
50 gm tepung jagung
300 gm gula
250 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet
2 oz air sejuk

Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)

1) Bahan A disatukan dan dimesin sekali.
2) Pukul mentega dan susu hingga sebati. Masukkan cream cheese dalam adunan mentega. Gaul/kacau rata.

3) Masukkan adunan Bahan A ke dalam adunan mentega dan digaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.

Nota: Untuk mendapat taburan cheese yang sekata (rata), setelah adunan diratakan, baru taburkan cheese dan dibakar.

12 comments:

Anonymous said...

thanks for deeyana n rozzan for this recipe...
nak try buat lah..
harap2 menjadi hehe...

BR said...

ann, you ke yg request this recipe...Anyway, dah cuba feedback yer sbb saya blum berkesempatan utk mencuba. Best of luck.

syeera said...

I yang minta resepi tu...thanks a lot Rozzan. I nak tanya cheddar cheese jenis apa yg you gunakan dlm resepi kek lapis kandos cheese? Is it Kraft(block)? Anyway resepi kek lapis cheese nie nampak menarik...telur pun tak banyak. This weekend nak cuba lah..

BR said...

Hi putri. I gunakan KRAFT cheddar cheese yg kotak biru tu. Cubalah. Insya'allah menjadi. feedback ya!

Anonymous said...

bro rozzan, may i know what oven are u using to bake these kek lapis? i'm worried i use the wrong oven and cause the cake not flat. Each layer of ur cake was so flat and even. i'm so envy! Mind to share? and what is api atas, api grill? thanks!

Anonymous said...

Aslkum abg rozzan...saya ayi...sebenarnya dah lama saya suka menjengah blog en rozzan...malah sabtu lepas saya dah cuba kek lapis horlick milo yg pertama seumur idup...fuyooo...mcm tak caya...mmg menjadik...tapi sebelum buat kek lapis tu mmg saya cari maklumat ttg kek lapis...saya dah baca dah sgl ilmu teknik,petua dan pantang larang(kikiki...seb baik takde pengeras...)wat kek lapis dr blog en rozzan dan yg seangkatan dgn nyer...mmg leceh...tapi bila dah jadik suka giler...saya siap bg jiran saya 1/3 bahagian loyang...suka jiran saya tu...maka saya pun bg la resepi kek lapis en rozzan ke jiran saya...minta halal yer..thanks en rozzan sebab share resepi best-best...thanks

BR said...

Michelle,
For me, I always baked my cakes includaing lapis cake using my built-in oven. In order to ensure that every layer is flat, the mixing of the ingredients must be done carefully so as not to create air bubbles which eventually 'rise' during the process of baking. However when or if this happens, you may quickly poke them with satay stick. After that when the layer is cooked, press slightly with the lapis cake "presser". Hope that explains ya.

BR said...

Hi ayi, W'slm.
Alhamdulillah, & tahniah! Saya gembira anda berjaya. Itu maknanya anda berbakat juga ya. Harap anda teruskan mencuba resipi2 yg lain. Ttg resipi tu -no hal lah. Insya'allah, halal....

Anonymous said...

Hi Bro

Guez u had made hundreds of kek lapis - nampaknye kek2 lapis u, with or without ovalette smua nye menjd, naik geram bila tngok kek2 u, so, kak nak tanye, kenapa ade kek lapis yg menggunakan ovalette dan ade yg tidak? Ade kah ovalette bahan penting tuk membuat kek lapis dan adekah kek lapis yg menggunakan ovalette jauh lebih elok/lembut?

Kak Marsya, Hougang

BR said...

Kak Marsya,
First of all, kita sekampung yer!

OK. Ovalette is a cake stabiliser/emulsifier (penstabil) yg berfungsi utk menyatukan semua bahan kek tu agar sebati. Iyerlah, dlm bahan kek lapis tu terdpt pelbagai bahan sprti tepung, gula, mentega, airsejuk, dll. Kalau nak diikutkan selalunya bahan2 ni sumer susah nak "bersatu". Jadi penstabil ini digunakan utk menyatukan semua bahan2 agar bila dibakar nanti texture kek tu rata, gebu/lembut dan tidak bantat.

Namun, tak semua kek lapis gunakan ovalette seperti kek lapis batik sutera. Perhaps ini kerana bahan2 lain yg digunakan seperti susu manis (1 tin) dan sekaya sudah memadai utk melembutkan kek dan memberikan texture yg lembab (moist).

Harap2 akak faham yer!

Anonymous said...

Hi Bro

Ye ke kite sekampung? Kak kat Ave 8, by the way tks for the info; why ovalette is needed for cakes. 90% brg tuk buat kek lapis ni dah d beli, insyallah nxt wk nk buat (siap ambk cuti lg - semangat)& akan kak feedback samade kek menjd sebagaimana yg d harapkan. Tks agn.

Kak Marsya, Hougang

Anonymous said...

bro..tolongg!! saya dh cari merata...hanya blog bro rozzan yg sudi bkongsi tip2. Apasal tym sy buat adunan kek lapis mcm tak menjadi je..lepas masak kek tu nampak bantat dan lapisnya mmg hodoh..terlebih pkl ngan mixer ke..??