Followers

Sunday, March 08, 2009

PARU GORENG BERSAMBAL



PARU GORENG BERSAMBAL
Bahan-Bahan

500 gm paru
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan halus
½ sudu teh serbuk jintan kasar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2-3 hiris halia (tumbuk)
½ sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam

minyak (utk menggoreng paru)

Cara:

1) Satukan semua bahan di atas dalam periuk dan rebus dgn secukup air sehingga paru empuk. Sejukkan sebentar

2) Kemudian, hiris/potong paru tersebut mengikut saiz dan ketebalan yg anda suka.

3) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.


Bahan- Bahan Utk Sambal

30 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
sedikit belacan
( Semua bahan di atas dikisar halus )

1 cawan minyak utk menumis (atau secukupnya)
3-4 sudu besar gula
air asam secukup rasa (sket jer, jgn terlalu masam)
garam secukup rasa


Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Bubuh sedikit air sekali-sekala jika perlu*.

2) Setelah bahan kisar tu garing, masukkan air asam, gula dan garam. Masak lagi sehingga pekat sedikit.

3) Kemudian, masukkan pula paru yg telah digoreng tadi dan kacau lagi sehingga rata dan sebati.


Nota:

1) *Kalau ada lebihan air dari rebusan paru tadi, bolehlah digunakan utk dimasukkan ke dalam bahan kisar (sambal) sewaktu proses menumis sambal tadi. Tak perlu guna air yg lain.

2) Sesuaikan kepekatan dan rasa sambal mengikut citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu.

4 comments:

mama_danish said...

Salam...

Sedap tgk sambal berlada nih..
mmg feberet nih...

Bro Rozzan said...

WS. Alhamdulillah tak mengecewakan. Mekasih krn sudi berkunjung.

Anonymous said...

nampak sedap =)

Bro Rozzan said...

BR > anonymous

Insya'allah, pada citarasa saya sedap. Cubalah..