Followers

Saturday, November 03, 2007

BISKUT SUJI





BISKUT SUJI

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum

1 tin sederhana (16 oz) minyak sapi QBB

1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) - di kisar jd serbuk

1 genggam tepung suji


Cara:

Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.

19 comments:

Anonymous said...

hello Bro Rozzan
Sorry for my poor poor Bahasa Melayu.. Apa tu "1 genggam tepung suju". Going to try this for CNY.. Thank you.
Regards
Irene

BR said...

Hi Irene.
Camner eh nak cakap, heheh..."1 genggam' means the amount of an item placed onto your palm and you close your palm. Its an old way of measuring. Nevertheless, it's abt 40gm. Hope I've cleared ur doubts.

Anonymous said...

OH... so that's mean a handful lah.. got it.. Thank you very much.
BTW, just to let you know Im from Sarawak. Have been browsing your blog for quite sometime. Im just a "silent Browser" :).. Anyway... you have a great blog, and i learn a lot of things here. Thank you.
Regards
Irene

BR said...

You're most welcome Irene. You're a Sarawakian? Hah, bolehlah kenal dgn Sdri Deeyana (my blogger fren from Kuching). Deeyana ni mahir bab kek lapis. Kalau nk blajar, bolehlah pi cari dia kat Kuching tu ya..

Anonymous said...

Hi Rozzan,

Hmmm...Semua ye menyelerakan.. Nyway, Klau kita pakai gula caster bleh tak?? brapa sukatan ye?

Anonymous said...

Hello.. I tried the suji resipi.. skali suji tuh kenbang mcm kek.. kenape eh????

BR said...

Hi anonymous,
Kalau gula kaster sukatannya pun sama ya.

BR said...

Hi,
So far, bila saya buat mcm kat pic tu jer. Kalau anda ikut resipi tu dgn tepat Insya'allah menjadi. Tapi bila membentuknya jgn buat terlalu besar. Mmg ia akan mengembang so buatlah suji tu agak kecil.

kak_ross said...

ni saya nak bagi resepi Biskut Suji yang saya selalu buat...
sukatan tu bole le guna sukatan kat sini jugak...
kalau ikut cara saya..minyak sapi tadi dipanaskan atas api..bukan sampai mendidih, cukup sekadar mencair je, biarkan sejuk dahulu baru dicampur gula halus..bila dah rata baru gaulkan tepung ke dalam adunan minyak sapi tadi, uli lah sampai rata (tidak keras & tidak melekat) sebenarnya tepung bole ditambahkan tidak semestinya ikut sukatan resepi. biasanya doh ni boleh diterap atau mana2 ikut suka.

BR said...

Thanks, kak ross kerana berkongsi informasi.

Anonymous said...

tumpang tanya...

nak bakar sampai masak tuh...berapa minit ye?

pastu...sebaik lepas masak tu, sugi tu memang dah keras eh...ke dia masih lembut dan kena tunggu sehingga sejuk baru keras? sebab saya bercadang nak buat lubang kat tengah sugi tu macam ala-ala kuih tart..ada cadangan tak waktu bila nak buat lubang tuh?

Zura

BR said...

Hi Zura,

Masa membakar suji ni tergantung dgn oven yg anda gunakan tp in general, maybe abt 15-20 minit atau hingga kuih kekuningan sedikit. Bila dikelurakan dari oven, ianya masih panas dan rapuh. Kena tunggu sejuk baru ia mengeras.

Saya rasa kalau nak buat lubang/lekuk kat tengah kuih tu, saya rasa buatlah sebelum dibakar kuih tu. Cubalah sbb sy blum pernah buat ya.

julie jumari said...

salam, u ada tah resipi sugi bai?
tks u

BR said...

BR > julie jumari

Waktu dulu, tahun 90an saya pernah buat ikut resipi dari sebuah buku. Malangnya, buku tu hilang entah kemana! Yg saya ingat bahan2nya lebih kurang sama cuma sukatan bahan suji (semolina) lebih kurang sama banyak dgn tepung gandum dan ada penggunaan bic of soda. The actual sukatan tu yg saya tkde.

Anonymous said...

HiRozzan,
Kenapa tepong suji pakai sikit aje.Padahal tepong gandum 1kg.so I thought ur sukatan wrong so I tambah another 2 gengam. suji nya jadi cantik like in ur pic ia tak kembang sangat, ia garing tapi apabila mengigitnya tengah2nya keras. Apa sebabnya??

manja said...

Hi rozzan

resepi u kat sini mmg very knowledgable...sy dr singapura...
mengenai suji ni, ada resepi gunakan telor ek, apa bezanye telor dgn tak bertelor?

leeza

BR said...

BR > anonymous

Setahu saya, kalau orang2 Melayu buat kuih/biskut suji, selalunya tak perlu gunakan tepung suji. Aroma dari minyak sapi QBB yg digunakan sudah cukup utk memberikan keharuman biskut suji ni. Teksturnya agak padat tapi rangup. Sebaliknya kalau suji jenis Bhai atau Benggali, mmg teksturnya agak "keras" kerana penggunaan tpg suji yg banyak. Teksturnya tak begitu padat tp kdg2 ada 'ruang kosong' dlm biskut tu krn penggunaan bic of soda. Makanya, dlm resipi yg saya kongsi, saya rasa OK lah. kalau nk lebih, tambah sket lg jer lah ya.

BR said...

BR > leeza

Thank you. Sejauh ni, kebanyakan resipi suji yg saya tahu tidak menggunakan telur. Sedangkan minyak sapi dah cukup utk mengembangkan biskut ni, saya rasa kalau dibubuh telur lagi, kemungkinan besar biskut suji ni akan lebih "mengembang" dan kurang garing. Ni pendapat saya lah...

Anonymous said...

assalamua'laikum bro rozzan, hari tu saya baru aje buat 2 jenis resepi suji.. tpi dua2 pon nk menjadi yg mcm saya nk.. saya nk biskut suji yg lembut.. bila masok mulut, biskut tu mcm cair di dalam.. resipi nie boleh tk dpt mcm tu..? hehehe.. terima kasih.