Followers

Sunday, June 14, 2009

PANDAN KAYA CAKE



Pertama sekali saya buat Pandan Kaya Cake ni ialah kira-kira 20 tahun yg lalu. Resipi asalnya menggunakan tepung Optima tapi kerana tpg ni takde dalam simpanan, saya gunakan tepung supersponge cake-mix from Phoon Huat. Ringkas dan mudah dan saya rasa anda boleh membuatnya.

So, inilah resipinya.




PANDAN KAYA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm tepung campuran super-sponge Phoon Huat
5 biji telur (saiz sederhana)
50 gm mentega (dicairkan)
50 gm air
1 sudu teh pes pandan

Cara:

1) Masukkan tepung campuran super sponge bersama telur dan air ke dalam mixer.

2) Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sehingga pekat. Kemudian kurangkan kelajuan kpd sederhana dan pukul lagi selama 3-5 minit.

3) Masukkan mentega cair dan pes pandan lalu gaul hingga rata. (Anda boleh gunakan tangan utk menggaulnya hingga rata. Gaul sekadar kesemua bahan dah sebati, jgn terlalu lama agar udara di dalamnya dapat dikekalkan utk mendapatkan kek yg gebu dan ringan)

4) Bubuh adunan ke dalam loyang bulat 9” dan bakar selama kira-kira 40- 45 minit dgn suhu 160 darjah Celsius.

5) Setelah masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. Kemudian potonglah 3 lapis utk disapukan dgn glis kastad.


Glis Kastad
250 ml air
60 gm gula
1 sudu teh (bumbung) instant jelly
125 ml santan pekat (KARA)
secubit garam
30 gm tepung jagung
sedikit pewarna hijau


Cara:

1) Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan instant jelly dan kacau rata.

2) Sementara itu, campurkan santan dgn tepung jagung dan pewarna hijau.

3) Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat.

4) Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi. Buat begini utk lapisan yg kedua.

5) Akhir sekali, sapukan rata-rata lebihan glis kastad tadi di permukaan dan sekeliling kek ini dan buatlah pattern/design mengikut pilihan dan citarasa anda. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices) atau dessicated coconut.



Nota:
Anda boleh mempelbagaikan perisa kek ni mengikut citarasa dan kreativiti anda seperti perisa jagung, durian dan juga cokelat.

8 comments:

Anonymous said...

Salam bro...

I ikut recipe yang di beri ini...semua ok..but part loyang size 9" itu...ada problem. I tuang kesemua adunannya but at last bila bakar ianya membuak-buak..:-(bererti loyangnya tidak boleh guna size 9". Mesti nak guna loyang size 10" at least. So sad, at last i makan mcm itu aje keknya..huhuk..:-)

BR said...

W'Salam. Aduhai..kasihan. Pada pandangan saya, saiz loyang 9" tu dah memadai sbb loyang yg saya gunakan pun sebenarnya 8" dan tingginya 3". Bila masak keknya betul2 muat hingga keparas permukaan loyang. Namun, di dalam resipi saya catatkan loyang 9" agar kek akan punyai cukup ruang yg selesa utk naik dan masak. Tapi, jika penggunaan loyang 9" pun masih tak cukup, next time anda gunakan loyang yg lebih besar ya. Anyway, thanks for trying.

~mama aiman~ said...

nampak sedap sangat..nak try lah nanti

BR said...

Insya'allah, tak mengecewakan. Org rumah saya pun komen, sedap, Wallahu'alam.

Norma Jean said...

salam, nak tanya sudu (bumbung) tu maksudnye ape ye? xfaham...

BR said...

BR > Sue Andy

"bumbung" atau "Mumbung" maksudnya penuh Bukan paras (level) atau dlm bhs Inggeris "heaped". harap maklum.

Anonymous said...

Salam bro. Custard pandan bolih digunakan utk inti tart serikaya.thanks

Lyn said...

Thank you Bro Rozzan,

This recipe works, even on the 1st try. Of course, baca Bismillah dulu lah. Used 9" round pan, fit just nice.
Thanks for sharing this recipe.