Followers

Friday, April 03, 2009

BAKWAN UDANG SAYUR

Di sini saya nak share satu resipi cemilan yg simple asal Indonesia yg bernama Bakwan Udang Sayur. Ia lebih kurang sama dgn 'jemput-jemput' ataupun 'cekodok'- nama2 yg biasa kita dengar di Singapura/Malaysia. Rasanya Alhamdulillah, not bad. For a change, makan cekodok sayur!




BAKWAN UDANG SAYUR

Bahan-Bahan

300 gram tepung gandum
30 gram tepung beras
20 gm tepung jagung
300 gram udang (dibuang kulit, dipotong kasar-kasar)
60 gram kobis (dihiris halus)
80 gram lobak merah (dihiris mcm lidi mancis)
80 gram tauge
50 gm jagung dlm tin (whole kernel)
sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
10 btg cili padi merah (dihiris serong)
200 ml santan kotak
200 ml air
2 butir telur
minyak goreng untuk menggoreng

Rempah Kisar
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir


Cara :

1) Campurkan kesemua bahan-bahan dan rempah kisar. Kacau hingga rata dan sebati.

2) Panaskan mnyak dalam kuali. Setelah minyak panas, ambil sesenduk adunan dan gorenglah sehingga garing seperti anda menggoreng cekodok.


Nota:

Anda boleh bubuh seekor udang di atas bakwan ini semasa menggorengnya.

Kalau anda kurang gemar dgn bahan udang dalam bakwan ini, bolehlah tukar kpd isi ketam, sotong, dll.

Sukatan air/santan boleh disesuaikan mengikut citarasa anda. Adunannya tidak terlalu pekat atau cair-sederhana jer.


4 comments:

Unknown said...

nampak menarik.. thank you for sharing the resepi .

BR said...

Thank you min. Alhamdulillah. You're welcome

ana said...

salam bro rozzan, thx dah open balik blog ni. ana nak share supaya bakwan ni rangup walaupun dah sejuk try la masukkan 1/4st soda bicarbonate,1/2st air kapur dan agak2 dalam 1/4c minyak masak dalam resepi bro tu, pastu perap jap dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.Maaf ye bro ,masa ana bagitau resepi bancuhan goreng pisang lupa pulak nak bagitau kena masuk minyak -3sb tepung gandum,2sb tepung beras, 1sb tepung jagung,3sb minyak masak,air kapur,sikit bicarbonat,garam, bancuh pastu perap dalam petisejuk kejap agak2 sampai sejuk la better tu. inyaallah dah sejuk pun masih rangup.

BR said...

WS. Mekasih ana. Informasi yg berguna nih. Insya'allah. bila I buat next time, I feedback k. Thanks for sharing ya sis!