Followers

Saturday, November 15, 2008

MEE GORENG MAMA(K)



Bahan-Bahan
2 biji bawang besar (hiris)
3-4 helai daun pandan
1 cawan minyak (atau secukupnya)

Bahan Kisar
2 cawan cili kering kisar atau cili boh
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
100 gm udang geragau
30 gm belacan
garam & gula secukup rasa
sedikit pewarna merah

Cara Memasak Sambalnya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris bersama daun pandan sehingga bawang layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga betul-betul garing (kira-kira 40-50 minit). Bubuh pewarna, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sebelum dimatikan api.

Catatan : Sambal ini mencukupi utk lebih kurang 3 kg mee atau lebih. Ia boleh disiapkan terlebih dahulu dan disimpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.



Bahan-Bahan Lain
mee kuning, bee hoon atau kue teow
sedikit bawang besar (potong dadu)
kentang rebus (potong ikut suka)
tomato buah (potong ikut suka)
secukup sawi, kobis (hiris)
taugeh (dibersihkan)
cili hijau (potong2)
kicap cair, kicap pekat, cuka, sos tomato
telur
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara Memasak Mee Goreng
Panaskan sedikit minyak dan bubuh bawang dadu, kobis hiris, lada hijau, taugeh dan sawi. Kacau sebentar lalu dimasukkan mee, sambal, tomato & kentang. Gaul rata dan bubuh sedikit kicap cair, kicap pekat, cuka & sos tomato. Gaul rata lagi dan sesuaikan rasanya. Bubuh sedikit garam jika perlu. Ketepikan mee, dan pecahkan telur ke dalamnya. Biarkan telur separuh masak dan gaul dgn mee semula. Kalau ingin mee goreng basah sedikit, bubuh sedikit air & gaul rata. (Saya gunakan sup daging yg saya masak dgn ringkas). Matikan api. Hidangkan dgn hirisan timun dan sos cili/tomato.


Sup Mudah
250 gm daging kambing/ lembu kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 sudu rempah sup
(Kisar hingga halus)

secukup air
daun sup/bawang
minyak utk menumis
cengkih, pelaga , kayu manis

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama sedikit cengkih, pelaga dan kayu manis. Setelah garing, masukkan daging kisar bersama secukup air. Bubuh garam dan lada putih serbuk. Bila kuah dah mendidih, bubuh daun sup/bawang dan matikan api.


4 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedapnye mee goreng mamak nih...leh kongsi resepi tak? biase kite wat selalu tak jadik....

tasya said...

sedappp.. tasya suka masak basah2.. masukkan kuah.. baru masukkkan mee/kuey tiaw/bihun... cam mee hailam lak.. tapi idokler byk sangat kuahnya...

BRO ROZZAN said...

BR>aishah

Hah, saya dah update resipinya. Cuan jgn tak cuba tau!!

BRO ROZZAN said...

BR>tasya
Yup, saya pun suka makan mee yg basah2 sket. Enak...