Followers

Thursday, November 06, 2008

NANGKA MASAK LEMAK

Sejak kecil lagi saya telah terbiasa dgn lauk lemak yg dimasak oleh arwah emak seperti lemak labu, pisang muda, nangka, dan pelbagai lagi sayuran. Lauk Lemak Nangka ni merupakan salah satu yg menjadi kegemaran saya. Di sini saya nak berkongsi cara saya menyediakannya.



LEMAK NANGKA

400-500 gm nangka muda (potong kecil & direbus hingga empuk)
300 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit

secukup minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sebentar.
2. Masukkan 2 cawan air bersama nangka yg telah direbus tadi. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau rata. Kalau perlu, boleh ditambah air lagi mengikut kepekatan kuah yg anda suka. Terus mengacau sekali-sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.
4. Bila dah mendidih, matikan api.


Nota :
Anda juga boleh masak lauk ini dgn satu lagi cara iaitu dgn “melebur’ atau masukkan kesemua bahan ke dalam periuk sambil dikacau sekali-sekala sehingga mendidih/masak.


No comments: