Followers

Wednesday, December 13, 2006

HIDANGAN HARI INI

Harini adalah 2nd last day of my a/leave utk tahun lalu (2005).... iyerlah cuti banyak, time-off berjam2 tak clear lagi! huuh. Tahun ni nyer blum sentuh lagi-carry forward next year. Anyway, oleh kerana tak tau nak buat apa2 jadi ..masuk dapur lerr, kasi berserak.. hehehe (kalau isteri tau mesti kena marah!! saya kasi serak dia kena kemas...) So, saya siapkan menu hidangan hari
ini seperti berikut:


AYAM MASAK SERAI

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong 8)
4 batang serai (dititik)

(Bahan-bahan dikisar halus)
3 batang cili merah
10 ulas bawang merah (atau 2 biji bawang besar)
3 sudu makan cili kering kisar
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
3 sudu makan minyak utk menumis
400ml santan pekat dari 1 biji kelapa(saya gunakan santan kotak)
1 sudu besar jus lemon (optional)
1 sudu teh gula (optional- saya taruk)
garam secukup rasa
daun kunyit, daun limau purut (optional- saya taruk sbb anak2 suka aromanya)
daun ketumbar utk hiasan.
10 batang cili padi (dilepaskan dlm kuah)

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai, daun kunyit dan daun limau sehingga wangi dan garing. Masukkan ayam tadi dgn sedikit air. Kacau perlahan-lahan sebentar. Sesudah itu, masukkan santan dan cili padi. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih. Sesekali hendaklah dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Akhir sekali masukkan garam, gula dan jus lemon. Kacau lagi dan biarkan mereneh sebentar sebelum dimatikan api. Hiaskan dgn daun ketumbar.

SAMBAL TOMATO

Bahan-Bahan:
5 biji tomato yg merah mengkal (dihiris)
5 batang cili merah
4-5 batang cili padi
sedikit belacan (disangai hingga garing)
secukup air asam
gula secukup rasa
secubit garam, jus limau kasturi (optional)

Cara:
Tumbuk belacan bersama cili merah dan cili padi. Masukkan air asam, garam dan secukup gula. Masukkan pula tomato hiris dan digaul rata. Boleh juga diperahkan sedikit jus limau kasturi.

Nota : Anda boleh tukarkan tomato kepada buah mangga, kuini atau pun binjai.

8 comments:

Deeyana said...

hmmmm.....sedapnya. dahlah musim hujan di Kuching sekarang ni, bila tengok gambar masakan terus lapar pulak. bertuahnya isteri, ada suami rajin masak tp terpaksa kemas pulak. tak aci ini.... share resipi ayam masak serai, boleh..???

rozzan said...

Boleh, apa salahnya. Nanti saya tepekkan kat blog.

mamimontel said...

rozzan... share camne nak buat sambal tomato tu bleh ??? TQ

rozzan said...

mamimontel dah siap pun resipi, senangkan? Saya tak taruk resipi pd mulanya sbb I think sambal ni biasa2 jer.

mamimontel said...

TQ rozzan... kekadang tu yg simple2 yg mami tak tau... hehehe

mamafami said...

Sedapnya your food spread. Berselera mama tengok

rozzan said...

Lauk2 simple jer mama....but i guess if you cook with your heart & soul, that's special!

Anonymous said...

Abg Rozzan, I dah try resipi ayam masak serai. Sedap. Thanks for sharing!