Followers

Sunday, April 15, 2007

DAGING KICAP BEREMPAH, KERABU TOMATO IKAN BILIS & BAWAL MSK TAUCHO

Assalamualaikum semua. Maaflah sbb dah lama takde entry. Kebelakangan ni mcm malas je..... atau pun stress kat tmpt keje, entahlah. Stok bahan-bahan banyak dah kat cabinet, fridge, freezer.....sumer menunggu digunakan. Sigh..... tunggulah bila semangat dan mood datang, Insya'allah menjadilah... But as for today, I would like to post the dish I had prepared for today's meal. Kelam kabut jap pagi tadi sbb tengahari ada undangan walimah. So here it is..




DAGING KICAP BEREMPAH

1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
(Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)

12 tangkai cili kering (rendam)
3 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji buah pala (I omitted sbb takde dlm stok)
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
6 sudu besar sos tomato
5-6 sudu besar kicap lemak manis
3 biji kentang (dipotong wedges)
3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
3 sudu besar bawang goreng (optional)
sedikit daun ketumbar
secubit garam, sedikit gula
minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.




IKAN BAWAL MASAK TAUCHO
(resipi sempoi jer)

2 ekor ikan bawal (sederhana besarnya)-digoreng
2 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 btg cili merah (hiris)
2 btg cili hijau (hiris)
3 sudu besar taucho (cuci dan tumbuk)
3-4 sudu besar santan pekat
secukup air
secubit garam (jika perlu)
1/2 sudu teh gula (optional)
secukup minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu sedikit. Masukkan taucho dan sedikit air. Kemudian masukkan ikan bawal yg dah digoreng dan juga cili merah/hijau hiris. Masukkan santan, gula dan secubit garam. Sesuaikan rasanya dan tambahkan air jika perlu. Biarkan ikan sebati dgn kuahnya sebentar sebelum diangkat dari kuali.

Kalau anak-anak tak gemar lauk taucho ni, makan jer ikan bawal ni togel2 atau pun cicah dgn sambal kicap cili padi...(meleleh air liur, sbb tak sempat nak buat)




Hah, kerabu tomato ni , copy dari FP Mamazieza di http://mamazieza.fotopages.com/. Bila tenguk Mamafami pun dah try, aiseyman, nak cuba gaklah for a change. Memang sedap apalagi kalau sesaper yg gemar aroma dari hirisan serai tu.



KERABU TOMATO DAN IKAN BILIS

Ikan bilis goreng segenggam (saya gunakan 1 cawan)
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi dihiris
2 biji bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris
1 btg cili merah, 1 btg cili hijau dihiris -(ni saya yg pepandai tambah)

Tumbuk ikan bilis tadi (saya tumbuk kasar jer) dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris. Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan perahkan sedikit jus limau kasturi...

2 comments:

mdshariffb said...

DAGING KICAP BREMPAH TU SEDAP BANGAT FAMILY SEMUA PUJI THKS ROZZAN

Bro Rozzan said...

Terima kasih krn mencuba. Alhamdulillah, sumer famili anda sukakannya. I'm glad.