Followers

Thursday, January 25, 2007

CHOCOLATE CAKE



Resipi kek cokelat ini telah lama ada dalam simpanan saya. Ianya diberikan kpd saya dari salah seorang rakan sekerja lebih 10 tahun yg lalu. Tapi, maaf lerr, tak bleh ingat dgn tepat siapa gerangannya. Anyway, many thanks to her for sharing this recipe with me. Kalau sesiapa yg nak cuba, silakan.

KEK COKELAT
Bahan-bahan :
16 oz gula halus
16 oz mentega
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
10 oz tepung naik sendiri }__ disatukan dan diayak
4 oz serbuk koko }
4 sudu makan susu pekat }__ disatukan dan kacau
½ gelas air (abt 180 ml }

PERATURANNYA
1. Pukul mentega bersama ½ bahagian gula.
2. Pukul ½ bahagian gula lagi bersama telur.
3. Satukan ke dua-dua adunan tadi dan kacau rata.
4. Masukkan tepung /koko dan akhir sekali susu.
5. Bakar selama 1 ½ jam .

Nota:
1) Bab tepung, saya gunakan tepung serbaguna (multi-purpose flour) dan campurkan 1 sudu teh baking powder kpd tepung tu.
2) Bab air dan susu pekat, saya gunakan susu kotak dan dicampur susu pekat.
3) Saya gunakan loyang berukuran 10" x 10"


2 comments:

mamafami said...

Yang ni tak leh cuba...telur banyak sangat...achewa, ye ye je. The next minute tengok, kita tengah godak kek ni..hehehe....

rozzan said...

Mama, "achewa" tu amende eh..bahasa Malawi kot, hehehe.