Followers

Sunday, November 11, 2007

KUIH TALAM UBI




















Resipi ni dah ada kat earlier posting bertarikh 7 May 2007. Dah ada yg cuba dan kasi komen, 'sedapp...'. Finally, I managed to do it petang ni. Memang enak. Terima kasih kpd Kak Siti yg telah sudi menyumbangkan resipi ini yer! So kalau sesaper nak cuba, ni saya attach lagi resipinya.


KUIH TALAM UBI


Lapisan Bawah
700 gm ubi kayu yang telah diparut
200 ml air (paip)

* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.

180 ml air
210 gm gula melaka
150 gm gula pasir

* Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

75 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh sebuk vanilla
pewarna cokelat (optional) - jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
100 gm ubi - shredded. (optional)

* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11"x 11"x 2".
* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang lapisan atas.


Lapisan Atas
1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji
30 gm gula
1 sudu teh garam


* Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
* Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.

* Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
* Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.









4 comments:

zaitgha said...

lama nak try kuih nih tapi tapi susah nak dapat fresh ubi kayu....tak tau yg jual di kedai tu baru atau lama.....

Bro Rozzan said...

Kalau kat Spore ni, saya beli jer yg siap parut di pasar. So far alhamdulillah, sumer kuih orait...

Eyes Are Closed And Heart Is Mumbling said...

Saya ingin bertanya santan untuk lapisan atas menggunakan berapa banyak santan pekat dan campuran airnya. Terima Kasih

BR said...

Hi,

Anda boleh gunakan 700 ml santan kotak campur dgn 460 ml. Kalau rajin, bolehlah beli satu biji kelapa parut putih (abt 450 -500gm) dan bubuh secukup air lalu perah sehingga mendapat 1160 ml/gm santan pekat. harap anda faham yer!