Followers

Monday, July 14, 2008

WADEH UDANG

Ini siaran ulangan. Dah ada entry bab wadeh udang ini cuma ada sket jer adjustment dlm resipi kali ini. Anyway, dah lama tak makan wadeh udang buatan sendiri. Yg pasti, bila ada 'pasar malam' pasti itulah salah satu yg dicari, selain keropok lekor dan burger Ramly. Heheh, bukan apa, kalau teringin nak makan satu dua, beli aje lerr- kan senang. Takyah susah-susah nak menyerakkan dapur! Tapi, kalau ada masa terluang, jomlah kita buat seperti yg saya buat semalam. Rasanya OK kot! Nak tau cuba lah..



WADEH UDANG

Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam (ulundu) yg telah dibuang kulit(rendam 4-5 jam)
450 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)
½ sudu teh soda bicarbonate atau potas
1 sudu makan yeast segera
350 -400 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
½ sudu teh serbuk lada hitam
1½ cawan air (lebih kurang)

Peraturannya :
Kacang dhal dikisar bersama air sehingga halus. Masukkan halia dan kisar lagi. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan bubuh yeast dan potas. Kacau rata-rata. Seterusnya, masukkan potongan/hirisan lada hijau, bawang dadu, daun kari, garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan adun sehingga rata semuanya. Perapkan adunan ini selama 2-3 jam.

Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.

10 comments:

MamaFaMi said...

Belum pernah pulak jumpa wadeh macam ni... yang ada kat sini, just the plain ones...

BRO ROZZAN said...

Memang wadeh atau "vadai" asalnya plain jer mama. Kaum pendatang dari India yg telah berhijrah ke rantau ini khususnya Spore ni telah mengubah-suai juadah ini dgn membubuh udang demi menepati citarasa org2 kat sini. Seingat saya, wadeh ni begitu popular sejak saya kecil2 lagi hinggalah sekarang. Yg plain ones selalunya dibuat utk "vegetarians".

aminali said...

What happened to the "tepung gandum" in your recipe? Not mentioned at all!!
Anyway thanks for your lovely recipes - some are "out of this world".

BRO ROZZAN said...

Heheh... sorry for the oversight. And thank you for highlighting to me. I've already amended the recipe.

You're most welcome sis!

aminali said...

Thanks for your immediate action! By the way I am a "bro" and not a "sis"! "Aminali" must definitely be a male name!!And because of my age I can be an "Uncle"!
Once again you are doing some extremely fine work on your blog and my wife and me enjoy going thru them!Keep up the good work and Allah bless u and the family!!

BRO ROZZAN said...

Hi "Uncle" Aminali. My sincere apology for the wrong salutation. Hope I've not offended you.

I'm always having problems determining whether the reader is male or female based on their pseudonyms. Some names are clear cut while others are not. I've came across a reader's name/pseudonym was almost certainly a male but when we corresponded, it turned out the person is a female. Once again my apology to you.

Anyway, I'm glad to be able to share with everyone. I'm also happy to note that both you and your wife enjoy browsing this blog. Last but not least, Thank You for your doa, yaa. God bless you & your family too ya!

Anonymous said...

Salam bro,
Wah, ni mcm kuih yg sy selalu beli lepas turun bas 135, kat Lorong 2 Toa Payoh.....1979.Thks so much, balik ni nk try InsyaAllah. Keep up the good work.

BRO ROZZAN said...

W'Salam.
Heheh, siap dgn no bas dan tahun 'membeli' lagi eh. You have a very good memory indeed! Actually kat saya tgl di Commonwealth Dr dulu pun ada sorang mamak ni yg jual vadai udang yg sedap. Dia bawak semacam dulang rotan bulat yg besar dan junjung kat atas kepala dia. Dan dia berjualan di kawasan perumahan flet dari pintu ke pintu (biasalah waktu 1970an dulu). kadang2 tu dah standby, dengar suara dia je terus bukak pintu awal2 utk beli...

Masz Fay said...

salam bro..to b honest i learn to bake mostly by following ur recipes..most of the time tk menghampakan..i juz did vadai udang tadi and tell u wat..."suami ku suka"...! garing diluar lembut di dalam..cuma dhal tu i tk larat nk buat kulit utk semua...i blend terus dgn kulit..hahaha..bro ada fb tk...le i add..thx..

Gmaildotcom said...

Salam Ramadan bro!
Way didnt know stayed At C'wealth dr .. Blk brapa tu? I was too,....