Followers

Saturday, September 06, 2008

Permintaan Resipi - KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA



Resipi Kek Lapis Aiskrim Anika Rasa ni dah lama ada dalam simpanan saya sejak tahun 90an lagi. Resipi ni saya tukil dari buku Aneka Kek & Biskut di mana penulisnya ialah seorang guru masak mapan di Singapura dan bergiat aktif pada tahun2 70an hingga 90an.

Personally, saya belum mencuba resipi ini (banyak pakai bahan kot!). Namun demikian saya telah membuat rujukan di Internet dan ada seorang, iaiatu Puan Halimah Anang yg telah mencubanya dan memberikan komen yg baik mengenai resipi kek ini. Untuk Fee & Isabel, this is the recipe yg I janjikan tu ya! Bagi yg lain yg ingin mencuba juga, silakan!!

KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

Bahan-Bahan
30 biji kuning telur (8 biji putihnya)
600 gm mentega
410 gm gula halus
330 gm tepung self-raising
4 sudu makan susu pekat

Peraturannya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis.
3. Masukkan kuning telur dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega, kacau hingga rata
5. Akhir sekali masukkan tepung, kacau rata.
6. Bahagikan adunan ini kepada 5 bahagian.Campuran adalah seperti di bawah:


(a) Campurkan:
100 gm aiskrim vanila
40 gm tepung asikrim vanilla


(b) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen oren
1 sudu teh pewarna oren



(c) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu teh warna hijau



(d) campurkan:
100 gm aiskrim strawberry
40 gm tepung aiskrim vanilla
1/2 sudu teh esen strawberry
1/2 sudu teh pewarna merah jambu


(e) Campurkan:
100 gm aiskrim chocolat
40 gm tepung aiskrim vanilla
1 sudu teh pewarna choklat

7. Gunakan acuan 10" x 10" x 3" yang telah disapu dengan mentega.
8. Bakar selapis-selapis (satu lapis dua senduk) di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu 160C grill sehingga habis.

Nota dari Puan Halimah :
Kek ini leceh sedikit dan banyak belanjanya tapi rasanya emmmmm sedap. Kek ni berbeza dengan kek ice cream yang lain kerana disamping menggunakan tepong ice cream ia juga menggunakan ice cream berbagai flavour, itu yang membuat rasanya sangat enak. Masa mengadun harus hati-hati tak boleh banyak sangat kacau kerana adunan mudah menjadi cair dan akan menyebabkan kek bantat.

12 comments:

Anonymous said...

hi, Bro Rozzan
The recipe mentioned ice-cream. You mean we will use the "Ice-Cream" to campur to the Batter? WAH.... mesti sedapnya.. Tapi a lot of eggs are used.. 1 set lah.. Maybe will half the recipe.. Thank you ya...kalau ada masa, akan cuba. Regards
Irene

VG said...

Bro Rozzan

This looks soo good. Do actually use real ice cream? And what do you mean by ice cream powder?

fee said...

Bro Rozzan,

terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resipi ini. Semoga keluarga bro dan bro akan sentiasa diberkati Allah. Amin.

BRO ROZZAN said...

Hi Irene

Yes, you are right- the 'real' ice-cream. You're welcome & all the best to you.

BRO ROZZAN said...

VG,

Yes, real ice-cream. Ice-cream powder is something like a milk powder but it is specially made. In Spore, it is available at most shops selling baking items/ingredients.

BRO ROZZAN said...

Hi fee

You're most welcome fee. Amiiinnnnn.....

Isabel said...

Hi! Bro Rozzan,
Thank you so much for the Recipe. This Kek really look special(a lot of egg yolk^^!!). Do you think if I can use CoffeeMate Instead of ice cream powder? as I may not be able to find this special powder in my area. Thanks!

MamaFaMi said...

Omak ai, sedapnya!

BRO ROZZAN said...

> Isabel

You may but I guess the end product may not be as good as if you were to use ice-cream powder. I suggest you do half qty first lah.

BRO ROZZAN said...

> MamaFami

Sedap tu sedap ler mama ooiii. Tp seblum enjoy, kenalah kerja keras dulu ekk... Bila lah saya nak buat..

Hydrangea Spa said...

I pernah & memang suka buat kek lapis aiskrim anekarasa dr tahun 93 lg.. tp bila part bakar, tak nak naik tu.. last2 jd kek kukus pulak.. sedap.. tp dulu pakai coffee oil..

nak tanye jugak.. aiskrim tu, kena bagi room temperature dulu or masuk jer sejuk2..

apa pun thank you so much kerana dah berkurun kehilangan resipi ni baru jer dpt balik dr anda.. thanx so much Rozzan..

hafiyuza said...

Oiiii odap nyer......
Akan ku cuba respi ni.......
Kalo menjadi saya akan post kan
Mmmmm.......