Kuih Lompang ni lebih kurang saudara sepusat-sepusing dengan Kuih Kaswi. Perbezaannya sedikit jer. Kalau kuih kaswi kita menggunakan gula melaka utk membangkitkan aromanya, kuih lompang pula hanya menggunakan gula pasir saja. Basically, gula dimasak dgn air , biarkan sebentar, lalu digaul bersama dgn bahan tepung. Cuma, kekadang tu bila sukatan air tidak mencukupi, kuih akan menjadi keras. Ini kerana tepung beras selalunya akan memekat bila ianya dimasak dgn cecair seperti air atau santan. Walhasil kalau ingin betul2 memastikan kuih tu lembut ke tak, anda kukuslah beberapa mangkuk dahulu. Kalau perlu, baru bubuh sedikit air lagi.
Di sini saya sertakan resipi KUIH LOMPANG yg saya siapkan pagi tadi. Jom, cuci mata!!
KUIH LOMPANG
Ingredients:
110 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 ml air
(Satukan dan gaul rata)
110 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 ml air
(Satukan dan gaul rata)
250 gm gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan
200 ml air
2 helai daun pandan
(Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)
½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)
Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung ubi. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.
2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.
3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.
3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.
4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.
7 comments:
Hello Bro Rozzan
Salam perkenalan. I have just migrated to UAE 6 months ago - and your blog really help me with my cooking! Thanks.
I love baking and cooking, cume belum berapa pass - mungkin sebab lama tak buat, or memang tak pandai!
I have started my own blog too and among some cerita ceriti - posted some (baru 2) recipes that I've recently baked ... jika sudi, sila bertandang to my blog.
Hi Sis,
Salaam..
First of all, thank you for visiting my blog. It's nice to know that my blog has, to some extent, been able to assist you in your daily life at the kitchen, heheh.. After all, that's precisely what I want to achieve when I started the blog.
Insya'allah dengan minat dan usaha gigih, suatu hari nanti anda pasti akan dpt memperolehi kemahiran yg baik dalam bidang ini. I myself am still learning.
I've visited ur blog. Well, I guess, there's alot for you to adjust, living in a foreign land. However, most impt of all is the sacrifice you've made to be with ur husband/family. Anyway, keep blogging ya.
Sorry, bro...but the ingredients say "tepung ubi", however the method says "tepung jagung"...Pls confirm, thx! ;)
Hi, sorry for the typo error. I've edited/corrected it. Thanks for highlighting to me.
salam bro rozzan,
kalo nk wat yg colourful,bile nk taruk colour 2 eek
WS. Bila dah bancuh bahan2 tu, bahagikan kpd beberapa bahagian, kemudian baru taruk pewarna tu ya!
Salam abg rozzan..nk tau klao kuih ni dah kukus tk melekat dm mangkok ke?klao that happens nk buat ape?��
Post a Comment