Followers

Thursday, August 31, 2006

Chocolate Chip Cookies

My daughter wanted to bake choc chip cookies to give to her teachers tomorrow as presents for TEACHERS' DAY. So I helped her in the baking. I have posted the recipe in my blog dated 24 Aug 06. However, I attached herewth again.







Chocolate Chip Cookies
Ingredients
225gms Flour
150gms Butter
150gms Sugar
1 egg yolk
50gms Cashew Nuts
½ teaspoon vanilla
½ teaspoon bicarbonate soda
¼ teaspoon salt
Chocolate Chips

Method
Sift Flour with bicarbonate soda. Beat the Butter and Sugar until fluffy and white (not too fluffy). Add the egg yolk, vanilla and salt to the Butter and Sugar mixture. Fold the Flour in gradually and stir thoroughly. Finally, add the Cashew Nuts and Chocolate Chips. Keep the completed mixture in the freezer. After 1 to 2 hours, it is ready to be baked. You may put in small paper cups or just place it on the baking tray according to your preferred size

(Note : If you double the quantity, do not double the the amt of bicarbonate of soda)

Tuesday, August 29, 2006

Recipes From Other Bloggers

Di sini saya juga menukil resipi-resipi dari Bloggers lain yg menarik perhatian dan selera saya
Selamat mencuba!


Chocolate Chip Cookie (Sis Rossya)

CHOCOLATE CHIP COOKIES
Ingredients :
8 ozs butter
5 ozs castor sugar
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon cream of tartar
a pinch of salt
1 cup Milo
10 ozs self-raising flour
6ozs Hershey's semi-sweet mini chocolate chips
1 teaspoon vanilla essence
1 egg yolk
Method :
1. Beat butter, sugar, salt, vanilla essence, cream of tartar and bicarbonate of soda till creamy.
2. Add in egg yolk and continue beating.
3. Add in Milo and chocolate chips.
4. Finally add in self raising flour.
5. Take a small portion of the dough and arrange on the tray. Leave some space in between

each dough.
6. Bake till golden brown, about 15 minutes.




Chocolate Chip Muffins (Jama Hameed)

Chocolate Chips Muffins
125 gm butter
100 gm sugar
150 gm self raising flour
2 eggs
2 tbsp of cocoa
25 gm dark chocolate - melted using double boiler or microwave
chocolate chips

Method
Mix butter, sugar,egg, cocoa and flour in a mixer then add in the melted chocolate and chocolate chips. Spoon into paper cups and sprinkle more chocolate chips on top. Bake in preheated oven for 15 minutes on 175degrees C.

Makanan Kaum India

Saya memang menggemari makanan kaum India seperti Thosay, Capati, Naan, Beef/Mutton Steak, Bone Steak, Rojak India dan banyak lagi. Kebanyakannya telah saya cuba dan hasilnya Alhamdulillah amat menggalakkan.

Pada kesempatan ini, saya sertakan resipi Bone Steak untuk dikongsi bersama. Kalau anda dah pandai membuatnya, takyah lagi nak pi beli kat Beach Rd tu lerr..


BONE STEAK (SUP TULANG)

Bahan-Bahan
1 kg tulang kambing
1 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai (dititik)
1 sudu teh garam
(Campurkan semua bahan di atas di dalam sebuah periuk lalu tuangkan secukup air sehingga tulang nya tenggelam. masak hingga empuk – kira-kira 1 jam )

½ sudu teh lada hitam*
10 tangkai cili kering (atau ikut citarasa)*
4 ulas bawang putih*
1 sudu makan ketumbar*
½ sudu teh jintan halus*
7 ulas bawang merah*

(* dikisar halus )

minyak untuk menumis
¾ botol tomato sos
2 sudu besar pes tomato
1 sudu besar kicap pekat
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar (hiris tebal)
1 biji kentang (potong memanjang)
2 biji tomato (potong empat)
sedikit kobis (hiris)
2 batang lada hijau (hiris kasar)
2 biji telur (kocok sedikit)
30 sen daun ketumbar
30 sen daun pudina


PERATURAN
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan pes tomato, sos tomato, kicap, garam dan gula. Sesuaikan rasanya, jgn terlalu masam. Masukkan tulang tadi dan air rebusannya. Kalau air nya kurang bolehlah ditambah lagi. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sedikit hingga telurnya rata dan taburkan daun ketumbar/pudina.


WADEH UDANG

Bahan-Bahannya :
350 gm kacang dhal hitam yg telah dibuang kulit (rendam 1 malam)
500 gm tepung gandum
4 biji bawang besar (potong dadu)
3 tangkai daun kari (dihiris)
1 sudu teh soda bicarbonate atau 1 sudu makan yeast
300 gm udang hidup
1 sudu teh garam
5 batang lada hijau
2 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya

Peraturannya :
Kisar halia dan lima batang lada hijau dengan sedikit air.
Kisar kacang dhal sehingga halus. Campurkan semua bahan yang disebut tadi termasuk bawang dadu, daun kari, garam, soda bicarbonate dan serbuk lada hitam. Adun sehingga rata semuanya.

Perapkan adunan ini selama 3 jam. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak.

[ Resipi ini adalah dari seorang Guru Masak (Kak Intan) dan saya telah pun mencubanya]

Monday, August 28, 2006

Kek-Kek Lapis

Membuat kek lapis memerlukan kesabaran, kemahiran dan resepi yg tepat sukatan dan bahannya. Kesabaran kerana ...sebiji kek ini memerlukan kira-kira satu setengah hingga 2 jam masa membakar. Kemahiran pula diperlukan untuk melapis kek tersebut agar lapisan-lapisan kek kelihatan cantik dan sama rata paras setiap lapis. Percubaan saya membuat Kek Lapis Rempah pada sekitar lewat tahun 1980an dahulu bersama arwah ibu saya gagal memberikan hasil yg kami ingini walaupun kami telah mengikut setiap peraturan yg diberikan dalam resipi tersebut. Namun setelah beberapa tahun mencuba, akhirnya saya berjaya membuatnya.

Bila saya kaji semula resipi yg saya gunakan dahulu, saya merasa kecewa kerana saya dapati ianya tidak tepat dan sememangya tidak akan memberi kejayaan kpd sesiapa pun yg mencuba. Inilah yang dikatakan 'ingin mengajar tetapi tidak ikhlas'. Insya'allah hampir semua resipi yg saya berikan di sini telah saya cuba dan jika anda mengikut dgn betul peraturannya, anda akan beroleh kejayaan.

Di antara kek-kek lapis yg telah saya hasilkan ialah Lapis Bumbu(Rempah), Lapis Prune, Lapis Aiskrim Strawberry, Lapis Chocolate Hazelnut, Lapis Durian, Lapis Coffee Princess dan banyak lagi. Di sini saya sertakan resipi Lapis Prune dan Lapis Rempah yg merupakan "kek lapis yang evergreen". Selamat mencuba...


KEK LAPIS PRUNE
Bahan-bahannya

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
3 sudu besar susu pekat
7 oz buah prune (digunting2)
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh serbuk vanilli
Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan.
Taburkan prune pada setiap lapisan genap.




KEK LAPIS REMPAH

Bahan-bahannya:

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
18 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat
2½ oz badam kisar
1 botol rempah kuih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

Saturday, August 26, 2006

Kuih-Kuih Talam

Kuih Puteri Salat merupakan salah satu kuih talam yg selalu arwah ibu saya sediakan pada waktu minum petang. Yg lain termasuklah Talam Ubi, Talam Keladi, Talam Berlauk, Bubur Sum-Sum dan banyak lagi. Di sini saya sediakan resipi Puteri Salat, selamat mencuba.


PUTERI SALAT

UNTUK LAPISAN BAWAH
1 mangkuk beras pulut ( 500 gm )
1 cawan kelapa parut
1 mangkuk santan air
garam secukup rasa

* Kukus pulut bersama kelapa, santan dan garam hingga tanak.



UNTUK LAPISAN ATAS (SERIKAYA)
3 cawan santan pekat
1¾ cawan gula pasir (boleh kurangkan kpd 1 ½ )
6 biji telur (dikacau sedikit)
4 sudu makan tpg gandum
6 helai daun pandan (hiris & kisar halus dgn sedikit santan, ambil patinya)
sedikit pewarna hijau (optional)
1 susu teh vanilli
garam secukup rasa

* Semua bahan disatukan dan dikacau rata-rata lalu ditapis.


PERATURAN
Pulut yg telah dimasak diratakan dalam loyang.
Tuang bahan serikaya ke atas pulut tadi.
Kukus hingga masak (kira-kira 40 minit)

KUIH BAKAR BERLAUK / MANIS / UBI

Asas bagi membuat kuih-muih tradisional banyak saya pelajari dari arwah ibu saya. Beliau telah banyak memberi tunjuk-ajar kepada saya dalam selok-belok membuat kuih-kuih talam seperti puteri salat, talam keladi, bingka beras dan sebagainya. Di samping itu, saya juga gemar membaca dan menimba ilmu dari buku-buku, teman-teman dan mereka yg pakar dalam bidang ini. Salah satu kuih lama yang saya paling minati sejak dari kecil lagi ialah kuih bakar berlauk. Berikut adalah resepi kuih ini yg telah saya cuba didapur saya. Selamat mencuba.

KUIH BAKAR BERLAUK
Bahan-Bahan
750 ml santan
300 gm tepung gandum
6 biji telur
garam secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan
secukup cili merah (dihiris)
secukup daun saderi (sup)

Cara:
Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar.
Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.

KUIH BAKAR MANIS
Bahan
240 gm tepung gandum
700 ml santan cair
500 ml santan pekat
3 biji telur (kocok sedikit)
250 gm gula
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh vanilli , pewarna kuning
garam secukup rasa

PERATURAN
Satukan tepung, gula, santan pekat, telur, vanilli dan garam dan kacau rata. Kemudian ditapis. Masukkan minyak sapi dan ratakan. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak sapi. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya. Bakar selama kira-kira 1 jam 15 minit atau hingga kekuningan dengan suhu 200 darjah Celsius.



KUIH BAKAR UBI
Bahan
1 kg ubi parut (buang semua kanjinya)
300 ml santan pekat
375 ml (1½ cawan) santan cair
360 gm(1½ cawan) gula pasir
1 sudu teh garam
3 biji telur (kocok sedikit)
1 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning

PERATURAN:
Satukan semua bahan-bahan lalu dikacau rata hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil dan disapu minyak sapi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam 15 minit dgn suhu 220 darjah Celsius.

Kek Pertama Yg Saya Hasilkan

Kek Chiffon Pandan merupakan kek pertama yg berjaya saya hasilkan sewaktu saya masih menuntut. Saya menghadiahkannya untuk kawan sedarjah yg menyambut hari lahirnya yg ke 18 thn. Berikut ialah resipinya.


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus
8 oz tepung Softasilk
4 oz pati santan
5 helai daun pandan
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder


Peraturannya
Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan bersama pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Pukul putih telur dan cream of tartar bersama 4 oz gula hingga naik. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata-rata. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40 minit.


Lain-Lain Kek Chiffon...........




KEK CHIFFON STRAWBERRY

BAHAN-BAHAN
5 biji merah telur
8 biji putih telur
6 oz gula halus
6 oz tepung Softasilk
½ sudu kecil garam halus
½ sudu kecil cream of tartar
sedikit pewarna merah jambu
3 oz Strawberry cordial
½ sudu kecil esen Strawberry
1 sudu kecil vanilli
1 sudu kecil baking powder
3 oz minyak jagung
3 oz susu cair


PERATURANNYA

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk bersama-sama garam dan baking powder. Kacau hingga rata. Sesudah itu, masukkan minyak jagung dan dikacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan merah telur satu-persatu dan kacau lagi.

Adunan ini dibahagi dua, sebahagian ditaruh esen strawberry, pewarna, strawberry cordial dan vanilli lalu dikacau rata. Sebahagian lagi dibubuh susu cair dan dikacau rata.

Selepas itu, pukul putih telur bersama cream of tartar. Gula dimasukkan sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang dan pekat dan bahagikan adunan ini kepada dua bahagian.

Masukkan adunan pertama tadi yang telah dibahagi dua tadi ke dalam adunan putih telur yang juga telah dibahagi dua. Kacau rata-rata. Tuang ke dalam acuan pembakar berselang-seli supaya ia berlapis-lapis. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama kira-kira 40 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Lain-lain resipi Kek Chiffon di dalam simpanan saya termasuk Chiffon Nescafe, Chiffon Pisang & Orange.

Thursday, August 24, 2006

Chocolate Chip cookies

My children love chocolate chip cookies. I have a few recipes which I would like to share. This one I got it from a cousin. Happy trying!


Chocolate Chip Cookies
Ingredients
225gms Flour
150gms Butter

150gms Sugar
1 egg yolk
50gms Cashew Nuts
½ teaspoon vanilla
½ teaspoon bicarbonate soda
¼ teaspoon salt
Chocolate Chips


Method
Sift Flour with bicarbonate soda. Beat the Butter and Sugar until fluffy and white (not too fluffy). Add the egg yolk, vanilla and salt to the Butter and Sugar mixture. Fold the Flour in gradually and stir thoroughly. Finally, add the Cashew Nuts and Chocolate Chips. Keep the completed mixture in the freezer. After 1 to 2 hours, it is ready to be baked. You may put in small paper cups or just place it on the baking tray according to your preferred size.


Dan yg ini merupakan resipi Choc Chip cookies saya tanpa menggunakan telur.



CRUNCHY NUT DROPS

Bahan-Bahannya
200 gm mentega
170 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanilla
270 gm Top flour
1 sudu teh baking powder
100 gm chocolate chips
50 gm hazelnut (cincang kasar)
50 gm walnut (cincang kasar)
50 gm badam (cincang kasar)
50 gm gajus (cincang kasar)
10 gm serbuk koko


Cara:
Pukul mentega bersama gula dan esen vanilla. Tepung diayak bersama baking powder dan koko. Semua kekacang dicincang kasar dan dibakar sebentar (kira-kira 8- 10 minit) lalu sejukkan. Setelah mentega kembang, masukkan tepung, kekacang dan juga choc chips. Gaul rata-rata. Ambil adunan sedikit-sedikit dan longgokkan di atas dulang pembakar. Bakar selama kira-kira 30 minit dgn suhu sekitar 170 darjah Celsius.

Atau anda ingin mencuba Chocolate Hazelnut Cookies....


CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES
Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)
225 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)


Peraturan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam cincang.


Oats Cookies Yg Popular Di Kalangan Kawan-kawan

Ramai kawan-kawan sepejabat yg tertarik dgn keunikan rasa dan bentuk oats cookies nie. Saya pelajari resipi ni dari seorang teman saya. Maka di sini saya kongsi sama resipinya. Insya'allah kalau ada fotonya, lain kali saya siarkan.

BISKUT ROLLED OATS
Bahan-Bahan
375 gm mentega
1 sudu teh vanilli
6 biji kuning telur
500 gm gula pasir (dikisar halus)
180 gm tepung naik sendiri
250 gm badam / gajus (dipotong kecil-kecil , dibakar kira-kira 10 minit)
1 kg rolled oats (dibakar kira-kira 10 minit)

Peraturan
Kacau mentega , gula dan vanilli hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji lalu dikacau lagi hingga pekat. Kemudian masukkan tepung yang telah di gaul bersama badam/gajus tadi. Akhir sekali , masukkan rolled oats dan kacau hingga sebati. Ambil adunan sedikit-sedikit ,taruh atas dulang pembakar lalu dibakar sehingga kekuningan. (Dulang pembakar hendaklah di sapu dgn sedikit mentega agar biskut tidak melekat.)

Gubahan - Puding Batik







Gubahan Kek Lapis Prune



Gubahan Bakul Buah-Buahan



Ini adalah gubahan Bakul Buah-Buahan di mana saya menggunakan resipi Cream Puff/Eclair untuk membuat bakul dan tangkainya. Selepas tu, picitkan krim kastad ke dalam bakul dan susunlah berbagai jenis buah-buahan di dalamnya.

Salam Sejahtera