Followers

Sunday, July 08, 2007

KOLEH-KOLEH

Atas permintaan mummy jam, di sini saya sertakan resipi & foto kuih Koleh-Koleh yg saya petik dari buku ALMAS. Harap2 ia menepati citarasa mummy yer! Insya'allah kalau ada versi lain, akan saya tepekkan di masa akan datang. Kepada sesiapa yg memang meminati kuih ini, bolehlah mencuba.



















KOLEH KOLEH
Sumber: Zahrah Roziz

Bahan-bahannya
500 gram tepung kacang hijau
250 gram gula hitam (gula timbang)
100 gram gula pasir
1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
500 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa

Cara :
Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. Masak sehingga mendidih. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunannya akan meletup-letup. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.

Panduan:
Tepung kacang hijau yang digunakan, adalah sama dengan tepung kacang hijau untuk Tepung Gomak. Minyak kelapa yang digunakan, adalah minyak yang terdapat setelah membuat tahi minyak.

Nota dari saya:
1) Saya suka gunakan gula melaka instead of gula hitam (krn lebih lemak).

2) Anda boleh membuat sendiri tpg kacang hijau tu. Kacang hijau dibersihkan lalu dicuci/bilas dgn air dan toskan hingga kering. Sesudah tu sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali hingga kacang tu bertukar warna keperang-perangan lalu diangkat. Kisar hingga halus. Hah..siap digunakan. Kalau nak ringkas, beli je yg dah siap tapi mahal sketlah harganya!

3) Tak perlu bubuh pewarna coklat jikalau setelah tpg k.hijau tu dibancuh, warnanya dah cukup gelap.

4) Kalau nak lebih sedap, gunakan santan pekat asli yg diperah dari kelapa putih parut.

5) Untuk membuat tahi minyaknya, santan pekat tu hendaklah dimasak dalam kuali. Pada permulaannya buka api yg agak sederhana besarnya sambil dikacau2 sekali sekala. Bila santan memekat dan 'bergentel-gentel', kecilkan api dan kacau2 lagi sehinggalah akhirnya, ia menjadi tahi minyak yg berwarna perang.

8 comments:

MamaFaMi said...

Kole kacang ni is one of my favourite kuih. Tapi apa yang membuatkan mama put off nak buat sendiri ialah the taik minyak, thinking it's difficult to prepare. Tapi dari gaya bro explain, cam senang la pulak? Is it senang or leceh? Pstt...itu pertanyaan orang malas ye... pempaham dah ler...wakakaka...

Abg Rozzan said...

Actuallykan mama, saya biasa tengok arwah mak wat tahi minyak ni. Its quite simple but a little time-consuming coz api takleh besar- sederhana je. Perlu dikacau sekali sekala agar tak hangus/hangit. The santan will curdle up and you need to keep on stirring once in a while. Slowly the curdled-up mixture will disassociate with the remaining liquid- that's how you get minyak kelapa. Then keep on cooking on slow fire till the tahi minyak turns golden brown.
Anyway, koleh-koleh kalau cukup ramuannya, sedap juga dimakan without the tahi minyak.

mummy jam said...

Thanks Rozzan, dah beli pun tepung kacang hijau kat PH , nanti nak cuba!!

Abg Rozzan said...

Cubalah mummy. Dah buat feedback ya. Saya kalau buat mesti 1/2 bahagian je sbb kuih manis ni anak2 tak feberet lah.

Wati said...

Abg Rozzan,tadi Wati cuba buat tahi minyak utk koleh-koleh tapi hasilnya kurang memuaskan.tahi minyak tu halus sgt,tidak kasar mcm yg dijual.could it be that i have over stir n cook it?Wati masak diatas api kecil for bout 2hrs.esok nak sangai kacang hijau than nak hantar ke Little India utk dikisar.cadangnya nak buat koleh-koleh ni utk raikan Hari Ibu.

BR said...

BR > Wati

Ooppss...sorry terlewat reply!

Wati, dlm resipi tu suruh gunakan santan pekat dlm peket, bukan dlm kotak ya. Harap2 Wati tk gunakan yg dlm kotak ya. Kalau nak lebih baik, gunakan santan pekat yg diperah sendiri. Maybe 2 biji kelapa utk dptkan 1kg/liter santan pekat. Lagi satu tak boleh selalu2 kacau, sekali2 jer. Ini agar santan tu dapat memekat dan "curdle up" menjadi tahi minyak tu. Harap2 anda faham ya.

zainorah said...

Salam bro, I have been looking for this kuih recipe for so long...try a few times but never got it right..Try your recipe today and it turn out good and yummy..Thanks a million, may Allah bless you

Anonymous said...

Resipi ni tawar sangat....fyi