Followers

Tuesday, February 24, 2009

BEEF STEAK

Salam sejahtera semua. Maaf yer, been quite bz of late and unable to update as frequent as I would like to. Kadang2 tu, lepas solat Isyak je terus tertidur.....zzzzzzzzzzzz.

Ok, di sini saya nak bekongsi ttg beef steak yg saya buat Ahad lalu.




BEEF STEAK

Bahan-Bahan

1 kg daging lembu

10-15 tangkai cili kering (atau ikut citarasa)*
3 sm halia*
4 ulas bawang putih*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu teh lada hitam*
½ sudu teh jintan halus*
10 ulas bawang merah* ……… (* dikisar halus )

1 batang serai – titik
1 cawan minyak + 1 sudu makan minyak sapi
½ botol tomato sos
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
2-3 sudu besar gula (atau ikut citarasa anda)
garam secukup rasa

1 biji bawang besar (hiris tebal)
1 btg lobak merah (potong ikut suka)
1 biji kentang (potong wedges)
2 biji tomato (potong empat)
sedikit kobis (hiris)
2 batang lada hijau (hiris kasar)
2 biji telur (kocok sedikit)
½ cawan bawang goreng (optional)
secukup daun ketumbar

Peraturan:

1) Panaskan minyak/m.sapi. Masukkan bahan2 kisar & serai titik lalu tumis hingga garing.

2) Masukkan daging dan secukup air (kira-kira 3-4 cawan) lalu masak hingga daging ¾ empuk.

3) Kemudian, masukkan pes tomato, sos tomato, kicap, bawang besar hiris, lobak merah, kentang, kobis, lada hijau, garam dan gula. Kalau airnya kurang bolehlah ditambah lagi. Masak sehingga daging empuk dan sesuaikan rasanya, jgn terlalu masam. Seterusnya, masukkan bawang goreng & tomato. Kacau rata.

4) Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sedikit hingga telurnya rata dan taburkan daun ketumbar. Matikan api.Nota: Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Apa2 yg kurang bolehlah ditambah seperti gula, garam, sos tomato, dll.


2 comments:

competitive girl said...

when i see this

my feel is hungry

Bro Rozzan said...

Heheh...