Followers

Friday, May 29, 2009

KROKET SINGKONG




KROKET SINGKONG

Bahan-Bahan
600 gm ubi kayu (direbus hingga empuk)

2 sudu makan udang kering (rendam) }
2 sudu makan ikan bilis (rendam) } ..ditumbuk halus

garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 sudu makan bawang goreng
sedikit daun sup/bawang

1 paket sosej (potong 3 setiap satu) –di panggang sebentar

2 biji telur (dikocok sedikit, bubuh sket garam)
secukup serbuk roti (breadcrumbs)
minyak utk menggoreng


Cara

1. Ubi direbus dan dilecek hingga halus. Bubuh udang kering & ikan bilis tumbuk, garam, gula, bawang goreng dan daun sup/bawang. Gaul hingga rata.

2. Ambil sedikit adunan dan buat bebola lalu leperkan. Bubuh satu potong sosej ke dalamnya dan tutup dgn rapi. Kemudian, celupkan dgn telur dan golekkan atas serbuk roti sehingga rata.

3. Goreng kroket ini di dalam kuali berisi minyak yg cukup hingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak. Hidangkan dgn sos cili.


Nota:

Kalau anda tk gemarkan udang kering atau ikan bilis, bolehlah tukarkan kpd daging cincang/kisar yg disangar dgn sedikit minyak, garam dan serbuk lada putih.

Selain inti sosej, anda boleh tukarkan kpd telur burung rebus atau inti epok-epok/karipap.

Jika anda tak gemar dgn ubi, tukarkan kpd kentang (seperti buat bagedel kentang).


4 comments:

blogresipi said...

Ingatkan ape tadi 'kroket' tu... :)
Mesti sedap ni...boleh cuba la nanti.

BR said...

Kroket tu asal dari bahasa Perancis "croquette". Bahan asasnya seperti kentang lecek yg dibubuh inti daging lembu, ayam dll. Kalau anda kurang gemar dgn ubi, ubahkan kpd kentang ya. Ckp senangnya, mcm bagedellah cuma ada dibubuh inti.

Anonymous said...

Enak bangat! mau cuba eh...

BR said...

BR > anonymous

Cubalah...