Followers

Monday, February 02, 2009

TONGSOUFFLES

Hi & Salam semua. Maaf kerana lama tak update blog. Lately not very much in the pink of health so..I guess I'll take little rest. Otherwise I see stars all over heheh...

OK, back to food issue ya.. Semalam , saya buat sejenis cucur/cikodok/jemput2- whatever you may call them! Resipi yg saya tukil dari akhbar (lama dah, tak capture pun tarikh atau penyumbangnya...) mmg dah lama ada kat simpanan tp baru ni nak mencuba. Nampak mcm senang dan menarik tp as I go along, hampir2 nak abandon ship. Maklumlah kdg2 resipi yg diberi tu, tak menjadi... So selepas sedikit adjustment, this is the recipe yg saya boleh share dgn anda. Rasanya not bad cuma agak "rich" dgn keju dan menteganya. Btw, jangan ditanya camner juadah ni mendapat namanya yg unik tu! Kalau nak cuba, silakan.



TONGSOUFFLES

Bahan-Bahan:
400 gm air
280 gm tepung gandum
250 gm daging cincang
100 gm mentega
50 gm keju parut
3 biji telur
½ sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih
2 tangkai daun sup/bawang atau daun ketumbar
2 batang lada merah (hiris)
minyak utk menggoreng

Cara:
Masak mentega, air dan daging hingga mendidih. Masukkan garam & lada putih lalu gaul hingga rata. Alihkan adunan dari dapur dan biarkan sebentar (5-10 minit).

Kemudian, masukkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau/gaul rata-rata. Masukkan pula daun sup/bawang, lada merah hiris, tepung gandum dan keju parut. Gaul hingga sebati.

Panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah adunan seperti menggoreng jemput-jemput. Toskan di atas kertas serap minyak. Hidangkan panas-panas dgn sos cili kegemaran anda. Hidangan ini sesuai sebagai sarapan atau jamuan petang.




Nota:
Konsistensi adunan ni seperti adunan cucur. Kalau adunan anda terlembik, bubuh sedikit tpg lagi.

2 comments:

Unknown said...

Nampak sedap untuk minum petang. Thanks for sharing.

BR said...

Alhamdulillah, tak mengecewakan, heheh...