Followers

Thursday, March 08, 2007

ORANGE BUTTER CAKE


Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahannya
200 gram tepung (saya gunakan cake flour)
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
(saya gunakan 1 sudu mkn orange juice concentrate SUNQUICK + 1 st vanilli)
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya

1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga pekat, gebu dan rata-tidak berbintil-bintil.

2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga kembang & pekat (kira-kira 5-7 minit). Kemudian masukkan vanilli, orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau rata.

3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter/tepung dan adun hingga rata dan sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang 8” dan bakar dalam 40 - 50 minit pada suhu 170’C.

Anda juga boleh membakar kek ini dgn menggunakan acuan cupcakes.

10 comments:

Jama said...

I made this last week, can't remember where I got the same recipe from, it was super soft!! and I use plain flour because don't have the cake flour at home and too lazy to go out to buy. Ini kes pakai ape yang ada kat esbok aje and I use mandarin orange's juice. memang best!

BR said...

Betul tu mummy jam. Kekadang tu kita bleh gunakan bahan yg serupa seperti tpg asalkan tak menjejas the end result. And the cake is soft and nice.

Anonymous said...

Mmmmm...dah bro dan mummy kata nice and soft, ni yang dah teringin pulak nak cuba! Aisehmen, hari tu masa Kenwood bro berbunyi, macam manalah kita tak terdengar eh? Kalau tak, dah ketuk pintu hantar pinggan dah!

BR said...

Dah bunyi kenwood tu bising, camner kita nk dengar ketukan pintu! Next time mama, tekan bell jerr-kalau tk dengar jugak, nasib ...

Anonymous said...

Disebabkan dah ketuk pintu tak dengar, dah tekan bell pun tak dengar, al makanya kita pun godaklah sendiri kek ni...esh, budak-budak suka le plak.. Nanti kita upload kat page kita ok. Tapi taklah secantik your cake ni..

BR said...

Heheh, saya dah tgk FP mama. Cantik per kek oren nie!! Yg impt anak2 tu suka makan, iyer kan kan kan?

azalia said...

kak rozzan... i buat orange cake ni but why dia tak naik.....tp tu tgh bakar lagi la

BR said...

BR > azalia

Insya'allah kalau u ikut peraturannya, pasti menjadi ya..

kisshugkisshug said...

susu tepung guna susu tepung ape ek?

zainab naina said...

salam bro Rozzan, blh tak saya gunakan susu tepung CAP EVERYDAY utk recepi ini.dan saya bercadang utk salutkan ia dgn krim chocolate,alah2 birthday kek utk anak saya minggu ini.