Followers

Monday, February 19, 2007

NASI GORENG KAMPUNG

Late yesterday afternoon, MIL came visiting. She intends to stay fr a few days or at most till CNY holiday ends. Aiseyman, nasib baik dia dah makan sbb... heheh dapur tak berasap!!! Mata ni lak, semlm tak tengok bola pun pagi ni ngantuk ahh ..... Dah mmg kalau cuti, pasti lepak melebih-lebih. Lepas Subuh pun masih lepak2 , camner eh nak buat apa2 utk isikan blog nie? Dah dtg dah penyakit 'M' ni ...... Tapi, MIL, anak2, nak santap apa eh pagi ni ?? (argghhhh...bantal pulak kata marilah lepak lagi.. , kuali kat dapur tu pulak memanggil-manggil!!) Laaaa...kepala otak ni masih terpikiak-pikiak apa nak dibuat sarapan.

Lantas, aku bergegas keluar bilik dan terus ke ruang tamu and join my daughter tengok CARTOON - best gak ah sekali2 tgk kartun!!! Tapi tu pun setelah aku masukkan beras dalam periuk, nak masak Nasi Goreng Kampung lerr jawabnya. Tapikan, saya tambah itu ini kat nasi tu jadi maybe nasi goreng tu kena tukar nama Nasi Goreng Bandar ..heheh. So, below are some fotos of the end result and the simple recipe which I think most of you are able to do it.



NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-Bahannya:
1½ tin susu beras
1 biji bawang besar (hiris)

2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 batang cili merah*
15 batang cili padi* (boleh kurangkan jika mahu kurang pedas)
2 sudu makan udang kering* (rendam dgn air)
sedikit belacan*
(Kisar semua bahan * tapi jgn terlalu halus).

3 batang hotdog (dipotong dadu)
2 keping fish cake (hiris)
1 cawan kecil sayur campur (mixed vegetables)
½ batang celery (potong kecil2)
sedikit hirisan kobis (jika suka)
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos abalone
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada putih/hitam serbuk
garam secukupnya
secukup minyak utk menumis
3 biji telur (digoreng dahulu menjadi telur hancur)

Untuk Hiasan
Beberapa keping hirisan timun
Hirisan hotdog, ikan bilis goreng, ikan kering
bawang goreng, daun saderi
Cili hijau jeruk / hirisan cili merah

Cara:
Masak nasi seperti biasa. Sejukkan sebentar.
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang hiris hingga kekuningan. Masukkan bahan kisar tadi sambil dikacau hingga garing. Kemudian masukkan celery, sayur campur, hirisan kobis, hot dog, fish cake. Kacau rata. Masukkan pula sos tiram & abalone, minyak bijan, lada putih/hitam & garam. Kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan nasi masak tadi bersama telur goreng hancur. Gaul rata-rata.

Hidangkan bersama bahan hiasan seperti bawang goreng, daun saderi, ikan bilis goreng, timun, cili hijau jeruk,etc. Selamat mencuba!!

12 comments:

bunkerangs said...

as'kum :)

kawan rekomen your blog. dia kata ada resepi sedap2. and nengok gambar tu kan..wahhhh..meleh air liur i kat sini. sedapnyer your nasi goreng. ni dah nak kena try ni. my hobby pun cooking meng-cooking :) tak kira apa cuisine. :) anyway, just to let you know that i really enjoy myself looking at those food pics :)

BR said...

W'salam bunkerangs. Thank you for dropping by. I'm glad u enjoyed urself while browsing thru this little blog of mine. Hope you find something useful & feel free to drop by anytime ya! :)

Rinnchan said...

Fuyyyooooo...sampai tak nampak dah nasi gorengnyer..penuh dengan bende2 hiasan yg boleh dimakan....very rich nasi goreng !!!!

BR said...

Heheh, sekali2 makan takpe lah rinnchan. Dah nak jadi Nasi Goreng Fusion lak- Melayu, Cina & Indon. Ingat nak bubuh keropok belinjau, lupa lak nak goreng tuhari. Semasa berwisata ke Indonesia dulu, hidangan nasi goreng mereka mesti diiringi dgn "emping belinjo".

TheBlurQueen said...

woohoo abg rozan bikin wa manyak lapau lerrr..cantek betol hiasan pat nasik goreng tu...rasernyer mesti terantok punyer bab masak wif love for mil kan kan kan kan?hehehhe

BR said...

Heheh... kalau mata dah pandang nasi goreng tu lawa, rasa-rasa takyah makan lerr. Cium bau aje dah kenyang! Boleh gitu?

Anonymous said...

Hi there, my name is Azy, i like to read yr blog. If i'm interested can i place an order for yr kek lapis prune and epok-epok sadin/kentang. Can u tell me how much u charge. Thank you....

BR said...

Hi Azy, Im so sorry bab epok-epok tu saya jarang ambil order kecuali dari teman sepejabat yg terdekat. You knowlah Im working office hours, jadi abit diff lah. As for kek lapis tu I need to check on the dates - to see whether Im able to luangkan masa utk membuatnya.

Anonymous said...

Aisehmen, naperlah mention keropok belinjau...lama sungguh dah tak makan....Bro ni kata, M dah datang, tapi tengoklah tu, dia punya hiasan kat nasi tu, siap buat bakul dari tomato tu..!

Anonymous said...

Thanks ya Rozzan 4 yr reply. I'll continue reading yr interesting blog and shall tag u if i want to oder cakes from you....Happy Weekends wth yr family..

Rinnchan said...

You`ve been tagged !!!!! Check it out on my fotopages....HURrryyyy !! HuRryyYY!!

BR said...

mamafami > keropok belinjau tu mmg sedap, nak-nak yg perisa bawang putih dan manis sket tu! Kalau dah makan tak perasan 1 mangkuk besen besar selesai!!

Azy > You're welcome Azy. Thank you fr visiting my blog yaa.

rinnchan > alamak rinnchan, tak dpt masuk your FP lerr. Dah sampai,tp pintu tu kunci jerr!