Followers

Monday, January 15, 2007

KUIH BAKAR KENTANG, PULUT SERUNDING/PANGGANG

Last night I while watching EPL soccer on TV, I managed to squeeze some time to bake "Kuih Bakar Kentang". Mmmm, sedap tau.... So, here's the recipe and pic.



KUIH BAKAR KENTANG

Bahan-bahan :
500 gm kentang (direbus dan lecek halus)
250 gm tepung gandum
350 gm gula pasir
3 biji telur (saiz besar)
550 ml santan pekat (saya guna yg siap sedia dlm kotak)
1/2 sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:
Masukkan kentang yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 40 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

Nota : Anda boleh tukarkan bahan kentang kpd keledek.


PULUT SERUNDING/PANGGANG

Woke up early this morning to prepare Pulut Serunding & Pulut Panggang. I had prepared the Serunding the night before. One recipe uses dried shrimp/minced meat while the other uses fish as the main ingredient. Here are the recipes.



PULUT SERUNDING
Bahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)

Bahan Kisar
2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)

Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.




PULUT PANGGANG

Bahan-bahan :
200 gm (½ biji) kelapa putih (diparut kasar) atau beli jer yg dah parut!
500 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembong atau yg lain)

atau
400 gm (1 biji) kelapa putih parut
200 gm udang kering (direndam dan tumbuk/kisar halus)

Bahan Kisar
3 batang serai
1½ cm lengkuas
½ cm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil (merah)
6 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh lada putih serbuk
½ sudu teh kunyit serbuk
( Semua bahan di atas dikisar halus )

5 - 6 sudu makan gula pasir (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam (atau secukup rasa)
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis (abt 2 senduk besar)

600 gm pulut
secukup santan pekat
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)
daun pisang secukupnya -dilayukan (saiznya dipotong ikut citarasa anda)

Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ikan dikukus dan ambil isinya lalu dihancurkan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan gula, air asam, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebentar lalu masukkan kelapa dan isi ikan tadi. Sesuaikan rasanya dan tambahkan apa-apa yg kurang jika perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sehelai daun pisang dan bubuh sedikit pulut (abt 3-4 sudu makan bumbung) lalu ditekan2 agar ia leper sedikit. Kemudian bubuh pula serunding ikan tadi di tengah-tengah (memanjang). Setelah itu, tangkupkan pulut tu dan gulung daun pisang tadi dgn kemas dan ketat. Akhir sekali sematkan di kedua hujung daun dgn lidi (toothpick). Susun di atas kuali leper dan panggang sebentar. Anda juga boleh memanggang di dalam ketuhar (oven).

14 comments:

~ mama dewi ~ said...

i love pulot seronding ngan pulot panggang...tapi pulot panggang tak pernah buat dan tak tau camaner nak buat, serious!

rozzan said...

Heheh, abg pun suka bab pulut2 nie! sejak dari kecik lagi! Nanti abg tepekkan resipinya, then you can try lah. Also, surprisingly my 2 dotters oso like them!

~ mama dewi ~ said...

warr tenkiu eh abg rozzan bab tepekkan resepi pulot panggang tu..tapikan..i'd prefer kalau intinyer inti udang kering :)..neways, tenkiu so much!

mamafami said...

Bro...dah tahu kita ni ada pantang dengan pulut, lagi tunjuk-tunjuk pulut....kita PANTANG JUMPA! Hehehe...kita dah cilok sumer resipi dah...tunggu pelancaran je...chewah! But honestly, I am a real hantu pulut! Cayalah kat bro, tengah tengok bola, boleh take 5 buat kuih!!!

rozzan said...

No problem mamadewi. kalau you atau sesiapa yg prefer udang kering, bolehlah tukar isi ikan kepada udang kering. Sukatannya pula you may ubah kpd 200 gm udang kering dan 400 gm kelapa parut (1 biji). Udang tu direndam dan ditumbuk halus. Rempah yg lain can be maintained.

rozzan said...

Actuallykan mamafami, saya pun gemar pelbagai kuih-muih yg dihasilkan dari pulut/ tepung pulut. Sbb tulah badan ni tak langsing-langsing!Di antaranya kuih yg saya minati ialah tepung gomak, onde-onde pulut bersalut bijan, getas2, pulut urap, lopis, lepat kacang, kuih koci dan bermcm-mcm lagi. Ish Ish Ish, kalau nak sebut sumer, panjang senarainya!!

rossya said...

Pulut panggang is definitely my favourite!! Tapi tak pernah terfikir nak buat sendiri.. Beli tu selalu lah.. walhal.. buat nyer tak susah kan Rozzan.. Ni nak kena masuk list jugak lah.
Ps ~ btw Rozzan , apam gula hangus tu memang selalu kiter buat kat loyang. Kukus dalam 35minit hingga masak.

rozzan said...

Mmg betul tu rossya, senang jer. Btw,thanks fr the info on apam gula hangus tu. Sbb kekadang tu macam "m" lah nak bubuh satu2 dlm acuan. Kalau tgh rajin, toksah cakap lerr, apa2 pun sanggup buat!!

abu_shakuush said...

looks good :-)

Anonymous said...

salam,bro rozan..
nak tnye,dalam resepi kuih bakar kentang,salah satu bahannya 1/2sudu teh vanili.is it stand 4 vanilla essence r some other thing?leh x bro explain cz im little bit confussion bout tis.tq!by d way..ur blog's really superb!2 thumbs up 4 u!!

Bro Rozzan said...

BR > anonymous

WS. Vanilli tu adalah serbuk putih yg membangkitkan aroma kek atau kuih yg anda buat. Kalau takde, bolehlah digantikan dgn esen atau sebuk vanilla. Thank you for visiting & I'm glad u like it.

Azrinna78f said...

"Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya." -- Can you tell me what is the sukatan for the santan?

BR said...

BR > Azrina

Azrina, you amik 600 gm pulut dan taruk dalam sebuah mangkuk, then ratakan. Kemudian tandakan dgn pensel aras (level) pulut tu. Pastu, keluarkan pulut tadi dan bubuh santan ke dalam mangkuk yg sama sehingga ke paras tanda pensel tadi. Harap anda faham yer!

mar said...

salam.bro rozan...resepi bro mmg best...leh x bagi resepi pulut kuning ngn serundingnya...klu wat mcm ala kek lapis gitu..tq