Followers

Saturday, September 30, 2006

Mee Kurnia dan Banana Tempura

My wife prepared Mee Kurnia last week before the fasting month. My daughters gave the thumbs-up for the taste. They persuaded me to try it immediately when I reached home after work last week. Well, its a welcome change from our other noodles recipes... Give it a try!


















MEE KURNIA
Bahan A
1 kg mee kuning (dicelur sebentar)
½ kg sawi, dicuci bersih & dipotong 4cm pnjg (dicelur sebentar)
¼ biji kobis, hiris (dicelur sebentar)
1 keping kiub pati ayam
½ kg kepak ayam dipotong kecil-kecil
1 paket bebola ikan
½ kg udang sederhana, rebus sebentar
1 biji bawang besar, hiris
sedikit hirisan daun sup &daun bawang
½ cawan bawang goreng
garam & lada putih
minyak utk menumis
sejari lengkuas, dititik

Bahan B
3 biji bawang besar }
2 biji bawang putih } kisar
sedikit halia }
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan rempah sup atau kurmah.

Cara
Panaskan minyak dlm periuk. Tumis lengkuas dan hirisan bawang besar sehingga wangi. Masukkan bahan B. Masak hingga rata. Masukkan ayam, cube ayam, lada putih, bebola ikan, garam dan sedikit air. Masak hingga mendidih.

Cara Menghidang
Di dalam sebuah mangkuk, masukkan mee, sawi, kobis dan beberpa ekor udang. Tuangkan kuah beserta ayam dan bebola ikan. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Mee ini enak sekali dimakan dgn sambal kicap cili padi, cili hijau jeruk atau hirisan cili merah yg di bubuh kicap cair.

Dan.. lepas tu, blehlah buat pencuci mulut ni yg tradisional nie..


















ABUK-ABUK SAGU
Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis.

ataupun yg moden sikit nih....


















BANANA TEMPURA IN CREPE
Bahan Crepe
2 biji telur
65 gm tepung kek
25 gm gula
secubit garam
parutan ½ biji kulit limau
25 gm susu kotak
25 gm mentega cair

Bahan Tempura
1 biji pisang masak (dibelah dua)
Tepung Tempura (dijual dlm paket)

Cara Menyiapkan Tempura Pisang
Siapkan tempura mengikut keterangan di paketnya. Celupkan pisang ke dalam adunan tepung tempura itu dan goreng seperti menggoreng ‘pisang goreng’. Angkat dan toskan.

Cara Menyiapkan Crepe
Satukan garam, gula dan tepung kek. Masukkan susu, telur, kulit limau dan gaul rata. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan satu sudu lauk adunan crepe, ratakan sehingga ia menjadi crepe yg nipis. Setelah crepe masak kekuningan/kecoklatan, alihkan kepinggan. Letakkan sepotong tempura pisang yg baru digoreng. Gulung perlahan-lahan sehingga kemas dan cantik. Hidangkan dgn sos cokelat, strawberry atau sos karamel. Boleh juga di bubuh aiskrim di atasnya.

4 comments:

mamafami said...

Dah mee kurnia pulak...pedih perut ku ini...hihihi...Bila tengok abuk-abuk sagu tu, terus teringat kat aruah nanny mama...dia kalau buat apa pun, mesti sedap la...really miss her food very much...

rozzan said...

Org tua-tua dulu kalau buat apa saja Insya'allah pasti sedap. Almaklumlah resipi mereka tu asli dan tak tercemar oleh unsur2 moden. heheh. missed my late mum's food too...sigh...(alfatehah buat mrk yg telah pulang terdahulu).

rossya said...

Mee kurnia tu memang sedap Rozzan. I tried that exact resepi for hari raya last year when my aunties came to visit.. Semua pun suka betul... lepas tu .. sebuk satu2 carik buku Warna... hahaai

rozzan said...

Mmg betul tu Rossya. Rupa nampak cam biasa jer... Bila dah rasa, eh.. boleh tahan jugak ..sedap... Kata orang,'jgn pandang pada rupa'...