Followers

Sunday, March 04, 2007

MEE SOTO , SOTO AYAM/DAGING/BABAT

Harini prepared Mee Soto & Soto Ayam/Daging & Babat. Since wife is out, I had the whole kitchen all to myself. Berselerak satu kitchen dibuatnya! Siang ayam, rebus babat, daging. Buat bagedil udang/daging/mixed vege. Started pretty late at abt 1pm after tawaf kat pasar geylang kejap. Furthermore, me had my breakfast pun lambat. I ate karipap kentang/daging (ready-made jer!) & sausage roll- I baked instant pratas wrapped around chicken frankfurters -heheh keje senang! Gambar tak snap sbb rupa parasnya kurang cun!

Finally, I managed to finish my task by abt 3pm. Got my other half to help fry the bagedils. these are some of the pics I snap for Mee Soto / Soto Ayam, Daging & Babat. I also attach the recipes but I guess its quite similar to whoever has tried the SOTO recipes before. Btw, ada orang tak makan "tuala" ni- thats the name org rumah I called babat! Well, its a matter of choice...



MEE SOTO
Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.



Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.



BAGEDIL
Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Nota:
1) Ada sesetengah resipi bagedil yg menggunakan sedikit serbuk buah pala kering dan ada juga yg membubuh sedikit isi buah pelaga yg ditumbuk. It's a personal choice. I didn't put either of them!
2) I did three variations of bagedil. 1st one I used daging cincang as in the recipe above. 2nd is I used udang kering yg ditumbuk instead of daging and I added a fresh shrimp/prawn in each bagedil. 3rd one I added mixed vege in them.



As for SOTO BABAT/DAGING, I boiled separately the babat and daging lembu yg telah dipotong nipis/kecil (sukatan agak2 jer). Setelah kuah Soto ayam tadi masak (saja jer masak lebih, nak keje senang!), cedukkan kira-kira 750 ml dan bubuhkan ke dalam periuk lain. Masukkan daging (bersama air rebusannya sekali) dan babat yg telah siap direbus empuk dan biarkan ia mendidih sebentar. Sesuaikan rasanya dan tambahlah apa yg kurang. Makanlah bersama lontong/ketupat yg didadukan. Insya'allah , enakkkk....

12 comments:

Anonymous said...

Salam Bro rozzan, mee soto 1 but no taugeh...sedapppp.

Mas said...

wah..tak sangka ada soto daging/babat eh?me favourite babats sebab tu now pon me terlebih babats..hahahahaha

Anonymous said...

Hari tu Lela buat mee goreng pedas tapi letak babat instead of daging, pun licin....cuma babat tu nak kena rebus betul2 empuklah baru sedap

~ mama dewi ~ said...

saperkah gerangan anonymous tu?hehe..kiter seruper tak makan taugeh..ekekek..bro, me suker makan babat rebos gitu jerr campak bawang puteh ngan serai abetu makan ngan sambal kicap cili padi fuhh terantok arr betolnyer kick..heheh...mee soto satu takmo taugeh begedil lebeh eh encik!! hahaha

Anonymous said...

mama dewi, ni lela854 la...kita ni xde share ngan google a/c kenalah guna Anonymous hehehe...moh ingat saper ha...

rozzan said...

Mas > Kalau dah camtu berhati2 lah kalau nak mkn babat tu. Sbb babat ni kalau dah dlm tubuh, liat sket kalau nak di'halau' keluar. Berpada2 lah yer kalau santap tu, mas!

Lela > Iyer ke lela? 1st time abg dgr masak mee goreng taruk babat. Pasti sedapkan!!

Mamadewi > Hah, ni lagi satu, 1st time dgr makan babat rebus dgn b.putih, serai dan sambal kicap cili padi. Agak2 kalau makan tu, org rumah lalu kat seblah tak perasan pun eh!

BTW, taugeh tu kan bervitamin dan sedap!!! Rugi tak mkn taugeh.. heheh.

sofea said...

ah ahh lela..betul tu cakap mamadewi..knp lela tak sign up blogspot atau photopages...mula2 pun sofea confius siapa tu anonymous..rupanya chek lela kiter..hehehe.......wahh..now you're talking about vitamins etc ekk Rozzan...dah menjangkit sofea...hehehe

Anonymous said...

Abg Rozzan & Sofea> bukannya Lela x makan taugeh makan tapi x suka yg mentah mkn mcm berulam. Kalau masak tahu taugeh masak air pekena dgn sambal tumis ikan bilis huh..jgn kacau kita sudah blh kena marah tau!hehehe

rozzan said...

Iyerlah tu lela, sama mcm anak2 saya. Kalau taugeh yg taruk kat mee soto/mee rebus sumer tk makan. Bila buat lauk taugeh masak lemak kuning campur tahu, diaorang cakap sedap lagi!!!

Za said...

Dah lama sgt tak makan mee soto. Ntah dah nape semalam ternampak pkt mee teringat soto..nampak lagi teringat lagi. So nari nak kena try this recipe. Kalau sampai dah termimpi2 pasal Mat Soto susah plak kan? lol. Thanks for the recipe!

Za said...

Thanks for the recipe...sooo sedap! JazakAllahu khair.
I've posted it on my blog http://sahmsite.info/2010/04/25/mee-soto-ayam-noodles-in-spicy-chicken-broth/ and linked this site. Ada change sini sana ikut selera kan.:)

Anonymous said...

Hi, how are you?what is jintan halus and jintan kasar in English? I am confused . Is it cumin and fennel?