Followers

Saturday, August 11, 2007

KARIPAP PUSING



 
Did the above Karipap Pusing (Spiral Curry Puff) this morning as I have lots of free time today. Had always wanted to try the many recipes which I gathered from fellow bloggers & FP frenz. Actually I compared the three recipes of rinnchan, kakliza and hellikonia. I would say all of them are similar. However, since I had wanted to use 1 kg of flour, I chose helli's recipe. Here's the recipe and more pics....

KARIPAP PUSING (hellikonia)

Bahan A (Doh Minyak)
600 gm tepung
1 cawan air suam
½ cawan minyak masak
2-3 cubit garam
* Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil. (saya buat 10 bebola dgn setiap bebola seberat +- 90 gm)
Bahan B (Doh Majerin)
300 gm tepung
150 gm majerin (boleh tambah sehingga 50 gm lagi - sedikit demi sedikit utk mendapatkan doh yg tk melekit)
 * Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (saya buat 10 juga dgn setiap bebola seberat +- 50 gm)

Cara:
Ambil setiap bebola dari doh majerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah di leperkan hingga menjadi satu bebola yg besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.

Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.

(Untuk intinya, anda bolehlah gunakan sembarang inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin)


Note : Saya dah edit Bahan B utk menjadikan kulitnya lebih garing. 


Inti Kentang
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)
sedikit daun sup/bawang

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul
rata. Sejukkan sebelum digunakan.


Inti Sardin
1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis


Cara:Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.














































10 comments:

Anonymous said...

thank you so much for the pix on how to prepare and roll the dough. ive been wanting to make this spiral currypuff for ages but just couldnt understand how to do it.

Bro Rozzan said...
This comment has been removed by the author.
mimi said...

emmmm...doh minyak n doh marjerin..
resepi yg sy ikut xde doh minyak...just doh marjerin + shortening ngan doh biasa (gandum+air garam)...next time boleh la try resepi bro ni pulak...

Bro Rozzan said...

Hi mimi,

Cubalah pastu feedback. Resipi yg anda dah pernah buat camner? ok? Bolehlah share kot..heheh

peace said...

I was browsing for a spiral puff pastry recipe and I found yours. Thank you so much. I shall try it in a day or two. If it is good, I will use it at my son's band camp. Will make that for the boys' snack.

BR said...

Hi peace,

You're most welcome!

Ananta said...

Bang Rozzan
Betul, utk saya, pastri ni too soft juga, not as crispy as I wish. Bang Rozzan ada resepi utk karipap India macam yg dijual oleh Onan Rd bakery yg berbentuk tiga segi tu? Pastrinya crispy and my favourite!

Terimakasih!

Anonymous said...

tq 4 the recipe n guide it was almost a success as i tried to make it how ever due to too much of margerin i did not reduce the amount as to the flour will try again though.

BR said...

Recipe Edited as at 29 Aug 2013.

Anonymous said...

Elo there...do you mind sharing recipe for karipap india tu with the chili yg normally we cecah tu...in need of tat recipe...hope u can provide...