Followers

Sunday, November 11, 2007

AWOL-AWOL

Awol-awol merupakan sejenis kuih tradisi lama yg masih juga diminati ramai.. (yg veteran2 kot!). Resipi ini saya tukil dari myresipi.com dan membuat sedikit olahan. Harap2 ia dapat menepati citarasa mereka2 yg berhajat membuatnya.



















AWOL-AWOL
Bahan-bahan

  • ½ kilo ubi kayu parut
  • 120 gm gula pasir
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh perasa (saya gantikan dgn 1 sudu teh air mawar)
  • ½ cawan air (saya gunakan btween 1/2 hingga 3/4 cawan air)
  • pewarna yg disukai
  • kelapa parut putih yg dicampur dgn garam (dikukus sbentar)- abt 200 gm

Cara-cara

  1. Ubi kayu parut diperah dan toskan airnya. Ambil pati drpd air perahan ubi kayu itu dan digaul bersama ubi kayu parut tadi. (Saya tak mengambil pati(sagu)nya supaya ianya tidak terlalu keras/kenyal).
  2. Masukkan garam, gula, air mawar, serta air ke dalam ubi kayu tadi dan gaul rata.
  3. Letakkan perwarna dan kacau. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak.
  4. Kukus selama 15-20 minit di dalam kukusan yg telah dipanaskan.
  5. Bila dah sejuk, potong dan makan bersama kelapa parut putih.

4 comments:

being me... said...

nama awol2 nih dtg dari mana bro? unik laa kan namanya..macam sedap ja tu..

Bro Rozzan said...

Nabia (betulkan?), Actually kuih ni walaupun spelling dia awol-awol tapi sebutannya aa-"world"' aa-"world". Rasanya seperti bingka ubi cuma ianya dikukus instead of bakar. Satu lagi, org dolu2 suka bubuh air mawar sebagai "pewangi" kuih tersebut seperti kuih-kuih talam yg lain.

Ada sejenis lagi kuih seperti ini cuma bezanya ia menggunakan sagu biji yg kecil2 tu. Jadi namanya Kuih Talam sagu jer arr. But I think dprd sagu lebih enak lagi ubi kayu kan?

suhana said...

kueh awol awol ;kenapa kena perah air nya dan kemudian di campurkan semula. boleh tak kalau tak di perah air nya. thks!

BR said...

BR > suhana

Saya rasa utk mengurangkan kekenyalan tekstur kuih awol-awol ni. Diambil pati sagunya saja. Kalau diambil semua mungkin lebih kenyal (keras). But for me, saya tak suka pakai pati sagunya, saya perah dan buang terus agar kuih ni lebih lembut. harap maklum.