Followers

Wednesday, February 13, 2008

KUIH BINGKA BERAS




















Bingka Beras adalah salah satu di antara kuih feberet saya waktu kecil2 dulu. Kat sini, selalunya kuih bingka beras dibuat dgn menggunakan gula melaka utk mengenakkan lagi rasanya. Dah lama rasanya saya tak membuatnya. So, smlm saya membuat seloyang kecil kuih ni. Resipinya lebih kurang sama dgn yg terdapat di beberapa lelaman internet/blog. Cuma saya ubah-suaikan sedikit mengikut citarasa saya. Jom, cuba resipi ini !


KUIH BINGKA BERAS

Bahan-bahan
1¼ cawan (abt 150gm) tepung beras*
60 gm gula melaka*
120 gm gula pasir* (kurangkan sedikit jika anda penawar)
350 ml santan pekat*
450 ml air*
½ sudu teh garam atau secukup rasa*

1 helai daun pandan (disimpul)

Cara
1. Masukkan semua bahan * kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.
2. Kemudian tapis kedalam sebuah periuk dan masukkan daun pandan.
3. Masak/kacau di atas api sehingga adunan pekat dan licin.
4. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak pada dasar dan keliling loyang.
5. Bakar di dalam oven sehingga masak dgn suhu 180 darjah selama kira-kira 50 minit - 1 jam.

Nota:
Kekadang tu bila dah cukup waktu memasak, bila dikeluarkan loyang dari oven, kuih kelihatan 'bergoyang-goyang' seperti belum masak. Jgn bimbang, bila sejuk nanti, texture kuih akan mengeras sedikit tapi tetap lembut.


4 comments:

Anonymous said...

bro, dian nak cuba tapi keliru sikit. resepi nie tak guna telur eh??

Bro Rozzan said...

Dian, kuih bingka beras ni mmg tak guna telur. Asasnya tpg beras, santan, gula & garam.

dianz74 said...

thx bro. banyak lagi resepi yg nak dian cuba. sebenarnya dian buat jualan kecilan dari rumah. nie dok cari resepi tambahan. harap bro sudi jadi 'guru' dian yer.

Bro Rozzan said...

You're welcome dian. Heheh, nak jadi 'guru' yg tak bertauliah boleh lerr. Sbb takde certificate. Anyway, saya doakan bisniz anda bertambah maju yer!