Followers

Wednesday, January 23, 2008

FRIED CARROT CAKE

Petang tadi siapkan "fried carrot cake" untuk santapan keluarga. I came across the recipe in a local cookbook but kalau dah tekak Melayu tu, adalah siket adjustment utk nak sesuaikan rasanya. So, jom lihat gambar dan resipinya!

























FRIED CARROT CAKE

5 sudu makan minyak
1 sudu makan bawang putih cincang/tumbuk
200 gm lobak putih (parut)

Bahan Perasa (Seasoning)
600 ml air
1 sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 sudu makan serbuk lada putih........ Satukan semua bahan ini.

Bahan Pemekat (Thickening agt)
350 gm tepung beras
25 gm tepung jagung/kanji
500 ml air .........Satukan semua bahan ini

Bahan Sambal
20 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan ikan bilis
(Kisar semua bahan di atas ini dgn sedikit air)

2-3 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit air jika perlu
minyak utk menumis

Cara Membuat Sambal:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan gula dan garam lalu kacau lagi. Biarkan sebentar hingga pekat sedikit sebelum dimatikan api.

Cara Membuat Bahan Carrot Cake:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih lalu masukkan parutan lobak putih tadi. Kacau sebentar. Kemudian masukkan Bahan Perasa dan terus kacau. Masukkan Bahan Pemekat dan terus kacau sehingga adunan pekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang berukuran 8x8x2 inci dan kukus selama kira-kira 30 minit atau hingga masak.

Cara Menyediakan Fried Carrot Cake
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 1 sudu makan bawang putih dan 2-3 sudu makan chye poh. Masukkan 200-300 gm carrot cake (yg telah dipotong dadu) bersama 2-3 sudu makan sambal dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2-3 biji telur dalam kuali yg sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan secukup 'sweet sauce' dan sedikit kicap manis. Kacau lagi dan akhir sekali taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng.


9 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya yer bro Rozzan, chye poh dlm resipi ni adakah ceh poh iaitu lobak asin yg berwarna coklat muda tu?

Terima kasih

BR said...

Yup, you're right. Lobak asin yg warna coklat muda. You're welcome.

Anonymous said...

bro carrot cake ni klau digantikan dgn lontong ajer mcm maner.ok tak?mood M dah dtg nak ambil yg mudah aje hahaha

BR said...

Maryati,

Bukan tak boleh, cuma rasanya janggal sbb kaum Cina tak gunakan lontong Melayu. Lagipun bahan2 nya tak bersesuaian jika kita masak dgn lontong biasa. Harap inject some vitamin R yer..supaya carrot cake anda dgn segera menjadi..ekekeke...

Anonymous said...

Sweet Souce yang macam mana tue yer?? dan Chye Poh biasanya didapati kat mana? kat pasar atau dlm botol? sy tak pena lihat..hmm...(dr sontoloyo)

BR said...

BR > sontoloyo

Sweet sauce (caramel sauce) tu biasa digunakan oleh kaum Cina. Begitu juga dgn chye poh yg biasanya dijual dlm peket. Kedua2 bahan ini boleh dpt dipasar, kedai2 runcit ataupun di supermarket. Insya'allah ada.

Anonymous said...

Lobak putih tu ambil air nya tak? or kena tos kan? dr Deeni

BR said...

Hi Deeni,
Saya masukkan jer lobak tu dgn airnya sekali sbb tk byk pun airnya. Harap maklum ya.

Unknown said...

White radis bole change to carrot biase x