Followers

Tuesday, November 06, 2007

SAMBAL GORENG

Terdapat pelbagai jenis resipi sambal goreng yg kita ketahui. Dari yg biasa (tempeh, tahu, sayur kacang panjang, etc) hingga ke Sambal Goreng Pengantin. Semasa membelek2 buku resipi Puan Asmah Laili , terdapat satu resipi Sambal Goreng yg menarik perhatian dan ingin saya cuba. Ia tk menggunakan kacang panjang dan tak menggunakan organ2 dalaman yg terlalu banyak sprti Sambal Goreng Pengantin. Semalam dapatlah saya mencubanya. Namun begitu, saya ada mengubah sedikit resipi tersebut mengikut citarasa saya but.. the basics are still there. So, here's the pic and recipe, kalau nak cuba. (btw, kalau mkn dgn ketupat, oishhii- sedap!!)





















SAMBAL GORENG

Bahan-Bahannya
500 gm daging goreng -potong kecil2 (nipis) rebus sebentar, toskan dan goreng
300 gm udang sederhana -dibuang kulit, tinggalkan ekor, goreng sebentar
300 gm paru -direbus, potong nipis2 kecil & goreng
6-8 keping tempe - dihiris tebal sikit dan digoreng sebentar (jgn terlalu garing)

Bahan Hiris
5 batang cili merah
2 batang cili hijau
2 biji (sederhana) bawang besar
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi (biarkan sebiji sebiji)

Bahan Kisar
15 tangkai lada kering
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
2 biji (sederhana) bawang besar

sedikit air asam
200ml santan pekat (1 kotak kecil)-dicampur dgn 200ml air
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1/2 cawan bawang goreng (boleh ditambah jika kurang)
secukup minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa.

Cara:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan naik baunya. Masukkan daun kunyit dan daun limau. Gaul rata. Tumis hingga rempahnya garing sedikit lalu dimasukkan bahan-bahan hirisan dan balik-balikkan sebentar hingga rata. Kemudian, masukkan kesemua bahan yg digoreng tadi (daging, udang, paru dan tempe) dan gaul lagi. Masukkan sedikit santan dan air asam dan sedikit garam. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Masukkan lebihan santan tadi, kacau lagi dan biarkan sehingga pekat. Masukkan bawang goreng , gaul rata dan bubuh gula dan garam secukup rasa. Rasanya haruslah lemak manis, dan sedikit jer rasa masamnya.

No comments: