Followers

Saturday, May 17, 2008

KEK LAPIS CADBURY



Semalam malam sempat saya membakar sebiji kek lapis. Kalau tak silap saya, resipinya saya dapat dari salah satu Forum di Internet. Saya cuma buat sedikit ubahsuai pada susunan lapisan kek saja. Anyway, terima kasih kpd yg empunya resipi.

Namanya Kek Lapis Cadbury tapi oleh kerana saya hanya ada cokelat Van Houten dalam simpanan, so perhaps, kita tukar nama resipinya kpd Kek Lapis Van Houten?? OK kot? Anyway, rasanya enak jugak cuma bagi sesiapa yg kurang minat dgn cokelat, bolehlah ditiadakan kerana rasanya pun OK dan sedap walaupun tiada cokelat.

KEK LAPIS CADBURY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")

Catitan Saya:

1) Saya buat dua lapisan berwarna dan cuma bubuh cokelat pada setiap lapisan (plain) ketiga jer.
2) Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
3) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

13 comments:

Mrs Said said...

Saya baru hendak belajar masak.. Boleh saya tahu, dalam kek lapis cadbury, susu manis tu gunakan susu apa? issit susu pekat manis?

BRO ROZZAN said...

Hi Mrs Said

Yes, its susu pekat manis or condensed milk.

Mrs Said said...

Terima kasih..

june said...

Salam.sy nak tanya psl penggunaan santan serbuk dalam resipi kek lapis cadbury ni,just masukkan macam tepung atau perlu dibancuh dgn sedikit air? Thanks!

BRO ROZZAN said...

WS june. Yup, just masukkan santan serbuk tu sprti anda masukkan tepung.

Anonymous said...

Apa khabar, saya tak tahu ape itu biskut marie dan serbuk santan. Saya tinggal di Australia. Apa itu dalam English.

terima kasih

BRO ROZZAN said...

Hi anonymous,

Biskut marie sejenis biskut manis berbentuk bulat. Rasanya tak terlalu manis. Nanti kalau senang saya updatekan gambar.

Santan serbuk tu ialah coconut powder- a dry version of the fresh coconut milk.

Hope u understand ya sis.

rima said...

kalau resepi kek ni kita kukus jadi tak?

Bro Rozzan said...

Hi rima,

So far saya tak pernah kukus kek ni tapi mmg kek2 lapis sarawak seperti ni mmg boleh dikukus. Wallu 'alam.

Anonymous said...

hello..boleh tak simpan santan?saya tak suka santan.what do u suggest?kalau takda santan jadi tak kek tu.tq

Anonymous said...

biskut marie kat australia di panggil biskut arrowroot.. harap ia membantu :)

Anonymous said...

bole syg tlg jawab sikit bro rozzan...

u boleh gantikan coconut powder to kelapa kering..

tak masuk santan pun ok..or u boleh ganti dengan serbuk badam..

Azrinna78f said...

Bro Rozzan, puas saya mencari tepung biskut marie tapi tidak jumpa juga. Adakah kita perlu hancurkan biskut marie hingga hancur menjadi seperti tepung?